Home Viral “Niat saya ikhlas” baiknya hati Aisar Khaled Sedia wang tunai RM100,000,Mahu bantu...

“Niat saya ikhlas” baiknya hati Aisar Khaled Sedia wang tunai RM100,000,Mahu bantu 100 pengikut langsai hutang

246
0

PERSONALITI media sosial Aisar Khaled menyediakan wang tunai RM100,000 bagi membantu 100 individu bertuah bagi melunaskan hutang mereka.

Aisar, 23, berkata, dia ikhlas membantu pengikut media sosialnya yang sedang berdepan masalah hutang kerana menganggap mereka seperti sebuah keluarga.

Lihat video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ☆ ☆ (@aisar_khaledd)

Kata Aisar lagi, pemilihan 100 individu tersebut akan dibuat berdasarkan sebab-sebab munasabah yang dinyatakan di ruang komen Instagram miliknya.

“Saya buat keputusan untuk memberikan RM1,000 kepada 100 pengikut bertuah yang memerlukan wang bagi melangsaikan hutang mereka.

Aisar sentiasa berkongsi rezeki dengan pengikut media sosialnya.

“Apa yang penting, niat saya ikhlas dan menganggap pengikut di media sosial sebahagian daripada keluarga.

“Kami akan pilih mereka yang berhak menerima wang tunai itu berdasarkan komen di media sosial selain meminta mereka mengemukakan beberapa bukti yang menunjukkan mereka benar-benar memerlukan,” katanya ketika dihubungi mStar pada Ahad.

Mengulas mengenai segelintir pihak kurang senang dengan tindakannya itu, Aisar memberitahu dia mempunyai alasan tersendiri dan tidak semua perkara dilakukan perlu dikongsi secara umum.

“Saya tidak mahu ambil pusing dengan komen netizen. Saya buat ini semua atas kehendak saya sendiri.

“Saya juga ada melakukan infaq dan sedekah yang tidak saya tunjukkan di media sosial. Apa yang saya kongsi ini hanya separuh sahaja dalam kehidupan saya.

“Saya ada juga bersedekah yang ramai lagi tidak tahu… Ada benda yang saya buat tetapi saya tidak kongsikan kepada semua,” ujarnya.

Sementara itu, Aisar turut mengingatkan pengikutnya untuk berhati-hati daripada ditipu oleh scammer yang tidak bertanggungjawab.

Jelas Aisar, bagi memastikan ketelusan pihaknya akan membuat panggilan video kepada penerima bagi mengelakkan sebarang bentuk penipuan.

“Selagi saya tidak buat panggilan video, ia tidak terpakai dan mungkin anda sedang ditipu… Ramai guna nama saya jadi jangan terpedaya.

“Saya minta tolong kepada anda semua agar berjaga-jaga,” katanya.

Aisar bersyukur dimurahkan rezeki untuk membantu mereka yang memerlukan.

“Saya ada juga bersedekah yang ramai lagi tidak tahu… ada benda yang saya buat tetapi saya tidak kongsikan kepada semua,” ujarnya.

Sementara itu, Aisar turut mengingatkan pengikutnya untuk berhati-hati daripada ditipu oleh scamers yang tidak bertanggungjawab.

Jelas Aisar, pihaknya akan membuat panggilan video untuk mengelakkan penipuan berlaku.

“Selagi saya tidak video call, minta tolong semuanya itu adalah menipu… ramai yang menggunakan nama saya… Saya minta tolong kepada korang untuk lebih berjaga-jaga,” katanya.

Sumber : mstar

Previous article“Saya tak terasa hati pun dengan Kak Lina” luahan Cliff Umar selepas tersingkir dari Gegar Vaganza
Next article“Hubungan kami sebenarnya” dikatakan bakal cerai dengan Shila Amzah sekali Ubai buka mulut

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here