Home Petua Tips ‘Nanti Org Ingat Sy Mengada2 Pula’ Mahu Pindah Dari Rumah PPR, Norlia...

‘Nanti Org Ingat Sy Mengada2 Pula’ Mahu Pindah Dari Rumah PPR, Norlia Ghani Terpksa Dedah Punca Sbenar

1105
0

” Lif tiga tapi hanya satu yang berfungsi. Dua lagi, baru dibaiki tapi selepas itu rosak semula. Macam saya tinggal di tingkat enam, memang tak larat nak turun naik dengan tangga.”ini

antara luahan sedih pelakon Norlia Ghani tentang keadaan di Projek Perumahan Rakyat ini.

PeIakon Norlia Ghani meluahkan perasaan kcewa terhadap siikap segelintir penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang disifatkannya agak kurang berdsipIin.

NorIia, 72, mengakui luahannya itu bukan bermakna dia tidak berterima kasih dengan keprihatinan kerajaan memberikannya rumah berkenaan.

” Saya serba saIah kerana bila saya cakap yang betul nanti, orang ingat saya s.ombong pula. Nanti dikatanya artis memang mengada-ngada.

” Saya gram dengan warga asing yang tidak menghormati undang-undang negara kita. Saya tak pernah tinggal di PPR sebelum ini dan kalau ada rezeki memang saya nak pindah ke PPR lain,” katanya.

Bercerita lanjut, Norlia yang tinggal di kawasan PPR di Cheras sejak tiga tahun lalu berkata mereka sering berdepan masaIah parkir dan lif rosak.

” Selain itu ada berlaku kes tengah malam orang bertukang dan bunyi bising motosikal yang sangat mengganggu,” katanya membayar sewa RM124 sebulan.

Norlia berkata dia juga pernah mengadukan hal berkenaan kepada ketua blok, namun tiada sebarang tindakan diambil.

” Itu yang buat saya kecewa. Apapun, saya gembira dengan penduduknya yang okay dan tiada masalah pun dengan mereka.

” Tapi, sekiranya ada peluang memang saya nak pindah dan InsyaAllah akan buat permohonan.

” Kalau dapat rumah PPR tiga bilik lagi bagus kerana sekarang pun tiga bilik juga dan ada kala cucu saya akan bertandang ke rumah,” katanya yang tinggal bersama anaknya, Romie, 40-an.

Terdahulu pada Mei tahun lalu, kisah Norlia pernah mendapat perhatian ramai apabila beliau mengaku berhadapan masalah ketirisan kewangan kerana sudah dua bulan tidak bekerja sejak pelaksanaan PKP.

Norlia yang lebih 20 tahun berstatus ibu tunggal berkata, dia memang bergantung sepenuhnya dengan kerjaya seni untuk sumber pendapatan bagi menampung kehidupan.

” Setakat berkurung di rumah ketika ini sebab tak boleh ‘shooting’, saya tiada masalah dengan barangan keperluan makanan kerana sangat mencukupi.Bantuan makanan sentiasa diterima.

” Tapi, pada masa sama duit juga diperlukan untuk bayar sewa dan bil-bil semasa. Namun, sekarang saya tak malu mengaku alami masalah kewangan dan nak buat macam mana memang tak boleh keluar bekerja,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai bantuan kewangan diterima, Norlia berkata sebelum ini dia pernah menerima bantuan dari Baitulmal tetapi tidak lagi sejak Januari lalu.

” Untuk mendapat bantuan daripada Baitulmal, saya perlu memperbaharui borang permohonan dan sudah pun dibuat pada Disember lalu, namun hingga kini bantuan kewangan itu tidak diterima lagi.

” Bagaimana status permohonan baharu saya tidak diketahui dan nak pergi ke Baitulmal untuk periksa pun, situasi sekarang tidak mengizinkan. Selain itu, saya juga memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang diumum oleh kerajaan.

” Alhamdulillah, BPN saya diluluskan sebanyak RM800 dan dapatlah merasa bayaran pertama sebanyak RM500. Namun, bagi bayaran kedua iaitu selebihnya RM300, tidak diluluskan pula dengan alasan saya ada sebuah syarikat.

” Kalaulah betul ada syarikat, sudah tentu sekarang saya bertaraf ‘janda kaya’ dan tidak tinggal di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) hingga kini,” katanya hanya mampu menganggap tiada rezeki.

Sumner:hmetro

Previous article‘Terima kasih Keow Wee Loon’ Ini Tindakan Bijak Selamatkan Wanita Ini Kena Keluar Rumah Bila Pemiliknya Dah Jual Rumah
Next articleSudah DiTahan Lelaki Cvr1 Sekampit Beras Dan Susu.Sekali Polis Dedahkan KNP Tak Lpskan Dia Walaupun Tuan Kedai Dah Maafkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here