Home Petua Tips Doktor, Injection Kasi M4ti ada tak? Tanya Warga Emas Yg Diperlakukan Dengan...

Doktor, Injection Kasi M4ti ada tak? Tanya Warga Emas Yg Diperlakukan Dengan Bvrok Oleh Anaknya

514
0

Baru sebentar tadi seorang pesakit tua dalam lingkungan 80an datang ke dalam bilik rawatan saya ditemani anak lelakinya.

Sepanjang konsultasi dijalankan, saya melihat anaknya tidak berhenti-henti memar4hi bapanya yang kelihatan sudah sedikit nyanyuk, namun masih petah berbicara.

Pesakit tua tersebut mengalami masalah pening akibat tersalah memakan ubat yang diberikan doktor, mungkin kerana sebab nyany0k, ubat kenc1ng manis dan dar4h tinggi beliau saya lihat sudah bercampur aduk.

Timbul pula rasa kas1han dan s1mpati kepada pakcik ni, saya pon menasihati beliau termasuk anak lelakinya akan kepentingan memakan ubat dar4h tinggi dan kenc1ng manis tepat pada waktunya agar pesak1t tidak lagi kepeningan.

Selanjutnya, anaknya meminta agar saya memberikan suntikan bagi menghilangkan pening ayahnya itu. Setelah menilai beberapa r1sik0 lain, saya pon bersetuju utk memberikan suntikan utk menghilangkan pening supaya pesak1t dapat pulang dalam keadaan selesa.

Saat hendak dicucuk, beberapa kali anaknya menengk1ng bapanya. Bayangkan seorang tua yg sudah hampir mencecah satu abad, dengan pergerakan yang terketar2, dan suara yang lemah, pesakit itu berkata…

“Doktor, inject1on kasi mat1 ada tak?”… Anaknya yang sedari tadi menengk1ng2 kini terdiam. Termasuk saya.

Bagi menenangkan pesak1t itu, saya bertanya, “Kenapa pakcik mau itu inject1on?” Dia menjawab, “Wa sudah tua, takde guna lagi hidup kasi susah orang saja” Allahu.. lihatlah betapa hati dan perasaan orang tua ini sudah begitu remuk dengan kerenah anaknya, sehinggakan beliau tidak lagi sanggup hidup.

Saya menenangkan pesak1t dan anaknya lagi, ” Pakcik, masa you kecik, you sudah jaga you punya anak baik-baik sampai besar, sekarang dia orang sudah besar, dia punya turn la jaga you maa.. Jangan sed1h2 ok?”

Beliau tidak menjawab apa-apa, hanya dengan berl1nangan air mata beliau mengangguk-ngangguk. Anaknya pula sudah mula berdiam diri, mungkin baru tersedar akan perbuatannya yang sungguh melampaui batas sebentar tadi.

Sampai saat hendak keluar dari klinik, pesakit tidak henti-henti mengucapkan terima kasih, dan anaknya pula sudah mula memimpin tangan ayahnya untuk keluar dari bilik rawatan, perkataannya juga lebih lembut nadanya.

Wahai anak2, berbaktilah kepada kedua ibu bapamu, janganlah pernah jemu melontarkan kata2 yang lembut kepadanya, dan jangan pernah lupa jasa mereka membesarkan mu selama ini.

Kepada mereka yg baru bergelar ibu bapa pula, janganlah pernah melemparkan kata2 KES4T terhadap anak anda semasa mereka kecil, mana tau nanti saat anda sudah tua tidak berdaya, mereka pula akan melayan anda dengan kasar hasil perbuatan anda sendiri suatu ketika dahulu.

P/s: Cerita di atas adalah kisah benar dan tiada yg benar melainkan yg benar belaka, peringatan buat kita semua. Gambar di bawah adalah gambar hiasan semata2

Sumber : Islamikmedia

Previous articleTerima Upah RM350 Hantar Tiga Lelaki Tapi Dalam Surat Ta Wujud Pun,Terus Kena S4man Rentas Negeri
Next articleTiga negeri ini catat jumlah tertinggi cubaan rentas negeri

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here