Home Petua Tips “Saya Ajak Beli Baju Seluar, Orang Semua Terkejut Dia Nak Ikut Saya”...

“Saya Ajak Beli Baju Seluar, Orang Semua Terkejut Dia Nak Ikut Saya” – Ebit Lew

485
0

Selama berada di Afrika Selatan Ustaz Ebit Lew berjaya dalam misi bantuan kemanusiaan disana dan bermacam macam orang susah disana UEL jumpa di sana.

Namun disamping orang orang kampung sempat juga UEL berjumpa seorang gelandangan di sana.

 

Umum mengetahui pendakwah terkenal Ebit Lew telah berangkat ke Afrika Selatan bagi menjalankan misi kemanusiaan di sana.

Terbaru, menerusi perkongsian di laman Facebook Ebit Lew meluahkan rasa sebak apabila dia bertemu dengan seorang gelandangan di sana ketika bersiar di bandar Durban South Afrika.

15 tahun tidur di jalanan

 

Ebit Lew menceritakan dia ternampak seorang lelaki yang kelihatan seperti orang kurang siuman ketika bersiar-siar di bandar Durban.

Dia telah mendekati seorang individu berusia 60 tahun yang dipercayai hanya tinggal dan tidur di tepi longkang sahaja.

Lebih menyedihkan lagi, apabila individu itu sudah berkahwin dan dikurniakan tiga orang anak sebelum ini.

Sayu masa tengok pakcik ni. Kasihan rasa. Masa pusing dekat bandar Durban South Afrika tunggu makanan tiba ternampak seorang seperti orang g1la.

Tidur tepi longkang dekat kedai. Mundar mandir dan kerja garu kepala.

Saya terus dekat dan cuba berbual. Scott berumur 60 tahun. 15 tahun tidur di jalanan.

Katanya, selalu bila hujan baru mandi. Bila rapat baru tahu dia pernah berkahwin dan ada 3 orang anak.

Isterinya dah berkahwin lain seorang boss besar sebuah tempat. Dia kecewa gagal dalam hidupnya.

Dia teringat anaknya. Katanya apapun semua salah saya. Dia tak salahkan sesiapa.

Tidur tepi longkang

 

“Saya sebut saya Cina.”

“Dia cerita Jackie Chan. Saya tanya pernah tengok movie Mission Imposible. ”

“Dia kata tak suka tengok sebab katanya cerita itu mudah je semua boleh capai dan mudah. ”

“Tapi hidup ini tak semudah itu. Tak semua benda kita dapat. Saya cerita bahagia itu di hati dan menerima positif dengan yang terjadi dalam hidup.”

Orang tempatan ada yang membantu.

“Tapi dia memang susah nak ajak buat apa-apa terutama gunting rambut. Ramai orang terkejut dia nak ikut saya.”

Sentiasa tidur tepi longkang situ depan kedai. Saya bawa beli baju seluar dan barang lain.

Ajak makan KFC dan cuba bawa ke hotel. Hari pertama bila ada orang mencelah dia terus menolak semuanya.

“Saya datang lagi hari kedua. Dari takut-takut dia jadi rapat dengan saya. Macam kawan-kawan dah.”

Ustaz Ebit Lew Bawa ke hotel untuk mandi dan tidur

 

Sekarang saya bawa ke hotel di sini untuk mandi dan tidur. Dia gembira sangat. Dia macam ketinggalan tentang handphone dan lain-lain. Orang tempat semua terkejut dia nak ikut saya. Syukur rasa.

Saya ada cadangkan tempat tinggal untuknya. Sedang berusaha memujuknya. Berbeza ujian setiap orang. Siapa tahu apa rahsia disebalik semuanya.

Sumber : fb Ebit

Previous articleSurat ‘Long T1ger’ b0cor, ini reaksi KP Johor, Datuk Ayob Khan
Next articleShukri Yahaya Usik Nak Bawa Naik belon p4nas, lihat reaksi ‘geli’ Sharnaaz Ahmad

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here