Home Petua Tips P4dah ‘shopping tak ingat’, isteri akur baring macam dalam ker4nda! Tengkuk dah...

P4dah ‘shopping tak ingat’, isteri akur baring macam dalam ker4nda! Tengkuk dah cr4mp, suami tetap pandu perlahan kereta baharu

115
0

MEMBELI-belah sampai tak ingat dunia?

Gara-gara terlalu teruja membeli papan seterika bersaiz besar, seorang isteri terp4ksa menempuh perjalanan pulang menaiki kereta dengan berbaring di sebalik kotak.

“Dengar cerita sampai sekarang kak tu masih kat bawah?

“Dengar cerita akak tu kena tindih dengan iron board. Alhamdulillah masih bernyawa lagi,” komen netizen secara berseloroh menerusi perkongsian video yang tular di laman sosial.

Bercakap kepada mStar, wanita berkenaan, Nurul Hidayahtul Kamaliah Abdul Rahime berkata, insiden berlaku ketika dia dan suami berkunjung ke sebuah pusat beli-belah di Klang, Selangor, Ahad malam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Wanita berusia 24 tahun itu memberitahu, mereka sebelum ini mempunyai seterika wap jenis gantung atau berdiri yang mudah alih, tetapi akhirnya membuat keputusan mahu membeli model lain.

“Tapi kami tak reti pakai. Bila gosok, masih berkedut tak macam yang kami tengok di kedai. Jadi, suami nak juga beli seterika wap yang gosok cara biasa atas iron board.

“Ada iron board bersaiz kecil dan sederhana, tapi suami nak yang besar sebab kaki board lebih kukuh, mudah nak seterika dan letak barang lain di atasnya,” katanya ketika dihubungi.

Suami Dayah mahu membeli papan seterika bersaiz besar.

Lebih mesra disapa Dayah, wanita itu berkata, sudahnya suaminya memutuskan untuk membeli seterika wap baharu termasuk papan seterika bersaiz dua kali ganda.

“Suami tiba-tiba nak cari iron yang boleh seterika dua helai baju sekali gus. Teruja sangat, dia pun beli juga iron board besar tanpa berfikir panjang.

“Di kaunter selepas buat bayaran baru terfikir macam mana nak bawa balik iron board sebesar itu menggunakan kereta Perodua Bezza milik suami… nak letak atas bumbung kereta tak ada peralatan pula untuk mengikatnya,” ujarnya yang berasal dari Klang.

Dayah (kanan) dan suami di dalam kereta selepas membeli seterika dan papan seterika.

Menetap di Setia Alam, katanya, kotak yang mengandungi papan seterika yang dibelinya begitu panjang, sekali gus tidak muat diletakkan di tempat duduk belakang atau but kereta.

“Memang tak muat, cuba senget-senget pun tak lepas. Kami kena turunkan seat penumpang hadapan, siap cabut penyandar kepala kerusi kereta.

“Bila diletakkan secara memanjang, kotak tu muat-muat hujungnya atas dashboard kereta dan bahagian dalam but di belakang. Tiba-tiba saya terfikir ‘Eh saya nak duduk mana?’

“Memang tak ada ruang sebab dah penuh barang lain di tempat duduk belakang dan but. Ruang yang ada untuk saya hanyalah di tempat duduk hadapan dan terp4ksa berbaring di bawah kotak,” katanya yang merupakan ejen penapis air sejak setahun lalu.

Seterika dan papan seterika yang baru dibeli Dayah dan suami.

Menurut Dayah yang mendirikan rumah tangga pada 2020, amat sukar bagi dirinya berada dalam keadaan baring di tempat duduk di sebalik kotak papan seterika, sepanjang perjalanan pulang ke rumah selama kira-kira 30 minit.

“Saya rasa macam baring dalam keranda. Jarak saya dengan kotak tak sampai sejengkal. Bayangkanlah, kita bukannya dalam keadaan mengantuk nak tidur, baring pula secara p4ksa.

“Tak boleh bangun, hanya boleh mengiring sikit. Memang rasa cr4mp di tengkuk termasuk tangan kerana menggunakan telefon bagi menghilangkan rasa bosan.

“Selalunya shopping guna kereta Perodua Alza saya yang lebih luas, tapi sebelum tu kami keluar beraya dengan kereta suami. Saya tertanya-tanya kenapa suami bawa kereta slow, adakah risau kotak terkena cermin kereta depan dan belakang?

“Tapi saya okay je, berbanding nak tunggu suami buat dua kali perjalanan untuk saya naik kereta dengan selesa. Nanti menyusahkan suami pula,” tambahnya.

Dayah (kiri) dan suami berkahwin pada 2020.

Sementara itu, suami Dayah iaitu Muhammad Shahrin Jamaluddin, 28, mengakui memandu lebih berhati-hati bagi mengelak daripada terl4nggar lubang sepanjang perjalanan pulang ke rumah.

“Kereta Bezza tu baru je beli Mac lepas. Kiranya kereta baru untuk kegunaan harian dan kerja. Sebelum ni bawa motor atau kongsi kereta dengan isteri.

“Saya pandu lebih perlahan bukan semata-mata sebab kereta, tetapi risau keadaan isteri di bawah kotak. Alhamdulillah, kami selamat sampai ke rumah,” katanya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: mstar

Previous article“Macam Siti Nurhaliza Tahun 1997 Sangat” – Aafiyah Mewarisi Kecantikan TokTi
Next articleNetizen Puji Tokti, Dari Lahir Sampai Umur 4 Tahun Tak Pernah Umum Duit Raya Anak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here