Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah memaklumkan semua penerbit filem wajib memohon Lesen Pengeluaran Filem dan Surat Perakuan Penggambaran (SPP).
Ini termasuklah agensi media perdana atau media individu yang menerbitkan filem di platform media sosial.
Terbaru, pelakon, Afdlin Shauki dipercayai memuat naik satu posting di Facebook berhubung isu tersebut.
Cakap biar pakai otak
Menerusi posting yang dimuat naik, Afdlin didakwa memohon Menteri Komunikasi dan Multimedia berfikir sebelum bercakap. Tambahnya, sebagai seorang anak seni, dia memohon agar golongan muda dan kreatif tidak ditindas.
Terdahulu, ramai di antara netizen kurang bersetuju dengan kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia. Mereka meluahkan pelbagai pendapat di laman Twitter.
Malah, mereka turut mempersoalkan mengenai rakaman video seperti di aplikasi TikTok dan Instagram yang perlu mendapatkan lesen kebenaran daripada Finas.
Kesian Youtuber tempatan
Rata-rata netizen memuji posting yang dimuat naik Afdlin. Menurut mereka, suara daripada golongan artis berpotensi untuk didengar pihak atasan jika dibandingkan suara mereka.
Sumber : Ohbulan & Afdlin Shauki