Bila tiba bulan ramadan, mesti ramai yang mengambil masa tersebut untuk lebih berada bersama keluarga terdekat samada untuk berbuka ataupun bersahur. Semasa bulan ramadan ini la keluarga boleh berkumpul untuk makan bersama-sama dan meluangkan masa bersama-sama.
Kadang-kadang setiap waktu berbuka dan bersahur itu, banyak cerita yang disembangkan dan dijenakakan bila ramai berkumpul. Waktu Berbuka merupakan waktu yang ditunggu oleh orang yang berpuasa manakala waktu sahur merupakan waktu paling susah untuk bangun.
Bercerita mengenai waktu sahur, ada orang waktu sahur ni hendak bercakap pun malas tetapi lain pula yang terjadi kepada seorang wanita ini yang siap boleh kenakan adik iparnya yang memakai baju tidur bercorak batman. Sempat lagi menari keriangan sambil kenakan adik iparnya tu.
Menurut video yang dimuatnaik oleh pengguna yang bernama @abell_nuramy tu, kakaknya itu sambil menari dan sambil mengajuk suara batman dan juga menyanyi lagu batman untuk mengenakan suaminya itu. Riuh rendah suasana bersahur pagi itu yer jadinya.
Video:
Menjengah ke ruangan komen pula ramai yang memuji suaminya yang hanya tersenyum dan berdiam diri apabila diusik kakak ipar dan ramai juga yang memuji keluarganya yang seperti meriah kerana jarang kakak ipar hendak berkomunikasi seperti itu dengan adik ipar lelaki.
Komen Netizen:
Sumber : Tiktok abell_nuramy
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber :sinarviral