Home Petua Tips “Papa S4ngat Sensitif Dengan Anak-Anak,” Anak Ded4h Sikap Datuk Rosyam Nor!

“Papa S4ngat Sensitif Dengan Anak-Anak,” Anak Ded4h Sikap Datuk Rosyam Nor!

124
0

Selain sibuk dengan kerjaya, Anis juga dikenali dalam kalangan para hijabi kerana kreativitinya sebagai penata gaya. Yang pasti, dia mempunyai cita rasa fesyen yang tinggi. Tatkala diaju kehidupan sebagai anak selebriti popular, ini jawapan Anis.

“Sejujurnya saya tak rasa benda tu susah sebab papa tak beritahu kepada orang ramai tentang siapa anak-anak atau famili dia. Jadi, kami adik-beradik tak ada limelight sangat di media. Hanya orang yang tahu saja akan tahu. Macam saya, saya tetap hidup macam anak-anak lain dan kalau keluar rumah pun tak ada sampai kena serbu atau sebagainya.

Paling penting, kami adik-beradik kena tahu jaga nama papa dan tak buat benda yang boleh jatuhkan reputasi dan memalukan. Alhamdulillah dari dulu sampai sekarang, semuanya baik. Bercerita tentang papa ni, dia nampak je garang. Tapi sebenarnya dia sangat penyayang, very romantic and very sensitive dengan anak-anak dia.

Yang saya perasan bila dah kahwin ni kalau tak call dia dalam dua tiga hari, dia akan call dan tanya dekat mana, buat apa, ok tak, tak balik rumah papa ke. Pendek kata, papa memang sangat penyayang dan lembut sebenarnya.”

Tak pernah meletakkan sebarang kriteria tertentu terhadap kerjaya anak-anak, Anis berkata Datuk Rosyam Nor cukup terbuka dengan apa juga pilihan karier yang diminati

anaknya. “Bila kami dah habis belajar universiti, papa tak letakkan apa-apa syarat untuk anak kerja apa. Papa kata dia dah bagi education, tak kisah anak-anak nak jadi (kerjaya) apa. As long as tahu jaga batas, tahu balik rumah dan jaga kelakuan. Itu sudah memadai.”

Sementara itu ditanya pernahkah Anis terdetik untuk menjadi selebriti dan pelakon seperti bapanya, sambil tersenyum dia menggelengkan kepala. Kata Anis, impian untuk bergelar

anak seni tidak pernah terlintas di fikiran kerana menyedari tidak memiliki bakat berlakon.

Walau enggan mengikut jejak langkah Datuk Rosyam Nor namun Anis sangat mengagumi keperibadian bapa tersayang dan menyifatkan kegigihan kedua-dua ibu bapanya merealisasikan impian perkahwinan merupakan salah satu kenangan terindah dalam hidup Anis.

“Kenangan bersama papa memang banyak sangat tapi yang tak dapat saya lupa jasa mama dan papa ialah bila mereka buat perkahwinan saya menjadi momen paling bermakna dalam hidup. Apa sahaja idea yang saya nak, mereka akan cuba buat sampai dapat. Bukanlah bermaksud majlis tersebut kena mahal sebaliknya lebih kepada momen yang menyatukan kami sekeluarga,” akhirinya.

Selain Anis, Datuk Rosyam Nor turut dikurniakan empat lagi cahaya mata perempuan iaitu Arniesha Azureen, Nurlisa, Syadira dan Zarith Maryam.

Sumber:Instagram Anis Kiss

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :www.dnq.pw

 

Previous article“Ya Allah Jangan Cakap Macam Tu!,” – Terserlah Cantik Masa Discharge Lepas Bersalin, Ini Jawab Mira Filzah
Next articleKereta Rosak Tepi Jalan, Wanita Ini Terkejut Johan Datang Hulur Bantuan – “Tu Sebab Rezeki Dia Murah”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here