Home Petua Tips PATI Negatif COVID-19 Dihantar Pulang Ke Negara Asal – Ismail Sabri

PATI Negatif COVID-19 Dihantar Pulang Ke Negara Asal – Ismail Sabri

2171
0

PUTRAJAYA, 26 Mei (Bernama) — Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata kerajaan Malaysia akan menghantar pulang pendatang tanpa izin yang negatif COVID-19 ke negara asal masing-masing.

Ismail Sabri, yang mempengerusikan Mesyuarat Khas Pengurusan Pendatang Tanpa Izin, berkata Kementerian Luar (Wisma Putra) akan berbincang dengan rakan sejawat dan kedutaan negara terlibat bagi urusan menerima pulang rakyat masing-masing.

“Antara perkara lain yang diputuskan dalam mesyuarat itu juga adalah saringan COVID-19 (ujian swab) di lakukan ke atas semua pendatang tanpa izin di Depot Imigresen KLIA, Bukit Jalil dan Semenyih,” katanya dalam sidang media harian Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Ismail Sabri berkata selain Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), kerajaan turut menambah dua lagi hospital yang akan dikhaskan untuk merawat pendatang tanpa izin positif COVID-19 iaitu Hospital Kusta Sungai Buloh dan Bangunan Wad Bersalin Lama, Hospital Kuala Lumpur.

Kesemua pusat rawatan berkenaan dijangka mampu menampung seramai 1,430 pesakit dalam kalangan pendatang tanpa izin yang positif COVID-19.

Sementara itu, Ismail Sabri menegaskan tidak timbul isu golongan pendatang tanpa izin didiskriminasikan di negara ini kerana tindakan kerajaan adalah untuk menjaga kepentingan rakyat yang majoritinya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPB bagi mengekang penularan COVID-19.

“Mereka perlu sedar pendatang tanpa izin adalah mereka yang memasuki negara secara h4ram. Saya tidak tahu (jika ada) mana-mana negara dalam dunia ini yang membenarkan mereka yang masuk secara haram tanpa dokumen sah bebas bergerak ke mana-mana sahaja. Tidak ada.

“Mereka yang masuk secara h4ram adalah salah di sisi undang-undang dan boleh ditangkap. Itu jelas dalam undang-undang. Jadi tidak timbul isu.

Kalau mereka tidak ditangkap dan positif, tentunya golongan ini akan menyebarkan virus kepada rakyat yang tidak bersalah,” katanya.

Ismail Sabri menjelaskan tindakan men4ngkap pendatang tanpa izin dapat mengekang penularan wabak COVID-19 di negara ini dan seterusnya melindungi keselamatan rakyat keseluruhannya.

Semalam, dilaporkan 227 pendatang tanpa izin yang ditahan di tiga Depot Tahanan Imigresen – Bukit Jalil, KLIA Sepang dan Semenyih – Malaysia didapati positif COVID-19.

Sumber : Siakapkeli

Previous article“Ingat artis kebal undang-undang ke?” – Gara-gara Memancing, Aiman Tino Didenda RM1,000
Next articleSetelah Dpt Komen TMJ Beli Porsche Setengah Juta , Ini Ayat2 Safawi Yang Win Habis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here