Sekarang ni pergi mana pun mesti ikut SOP seperti penjarakan 1 meter dan kena pakai pelitup muka.
Majlis Keselamatan Negara dah tetapkan semua dan sesiapa yang tidak mematuhinya akan diambil tindakan dan kompaun akan dikenakan.
Tapi lain jadinya satu kejadian di satu pasaraya bernama Masbukti seorang lelaki bertindak diluar kawalan bila ditegur tak pakai pelitup muka.
lain jadi kena tegur tak pakai pelitup muka
Dalam video yang dikongsi oleh sebuah kedai dikenali sebagai Masbukti memaparkan tindakan seorang lelaki yang bertindak di ‘luar kawalan’ dan didakwa gagal mematuhi SOP yang telah ditetapkan bagi memasuki mana-mana premis. Kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai runcit di Taipan 2, Senawang.
Menerusi video berdurasi kurang 40 saat itu, memaparkan tindakan seorang lelaki yang berbaju putih telah bertindak mengugut dan mencekik seorang pekerja di premis berkenaan. Bagaimanapun, kedai tersebut mendakwa pekerjanya diperlakukan sedemikian rupa berikutan menegur lelaki tersebut yang tidak memakai pelitup muka ketika berada di tempat kejadian.
Pekerja tersebut cuba untuk berbincang dan menenangkan lelaki tersebut namun, pelawaannya ditolak. Lapor Sinar Harian, lelaki berusia 50 tahun itu, telah ditahan oleh pihak polis susulan laporan yang telah dilakukan oleh mangsa yang berusia 22 tahun.
Hasil semakan lanjut dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi (Ahad) itu mendapati mangsa menegur suspek kerana tidak memakai pelitup muka, memeriksa suhu dan juga tidak menulis nama pada buku yang disediakan.
Suspek juga akan dikenakan kompaun atas ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).
Vdeo satu
Vdeo dua
Ramai yang puji tindakan pekerja ini kerana tenang dan sabar
Sudah pasti kejadian ini mengundang ketidak puashatian dari pihak netizen. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Kita bukan baru hidup di zaman C0Vld.
“Bagus adik tu… sabar… hormat orang tua… tak rugi buat suami tu cik adik”
“Taniah anak muda…. Tinggi betul kesabaran dlm jiwa awk… Terima kasih ayah n ibu beliau kerana mendidik beliau menghormati org yg lebih tua”
“Pelanggan yg ada tak nak bantu ke? aduh !! kan tu tanggung jawab bersama…harap pihak berkuasa menjalankan tugas dengan saksama”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : susunan admin NV,masbukti,sinar harian