Home Viral Pelakon Ellie Suriaty dan Azri Iskandar bertemu selepas setahun cerai, siap bergandingan...

Pelakon Ellie Suriaty dan Azri Iskandar bertemu selepas setahun cerai, siap bergandingan bersama

224
0

Pelakon Ellie Suriaty dan Azri Iskandar bertemu selepas setahun cerai, siap bergandingan bersama

Kuala Lumpur: “Dia pun berlakon dalam Tanah Kubur tapi episod lain-lain. Saya profesional. Kita dalam bidang yang sama, tak pernah tukar kerja.

“Jadi mustahillah kalau bila kita berada dalam satu ‘event’ (acara) yang sama, kita tak boleh bertegur sapa,” kata pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty Omar, 53, mengulas pertemuan dengan bekas suaminya, Azri Iskandar, 55, pada sidang media Tiga Drama Hebat Astro, hari ini.

Elly dan Azri profesional ketika bertemu di sidang media drama terbaharu.

Menurutnya, ini adalah pertemuan mereka yang pertama dalam acara, selepas bercerai setahun lalu.

“Hubungan Azri dengan anak-anak sangat baik. Saya tidak pisahkan dia dengan anak-anak. Saya pun nasihatkan mereka supaya hubungi dia setiap hari. Setakat ini tanggungjawab tetap dilaksanakan,” katanya.

Ditanya sekiranya ada penerbit menggandingkan mereka bersama dalam drama, Ellie mengakui agak keberatan melakukannya.

“Saya tak boleh menipu diri sendiri. Kalau berlakon satu filem atau drama okeylah tapi bukan dalam satu babak. Macam Tanah Kubur dia dalam episod lain dan saya episod lain.

“Kalau dalam satu set, saya nak kata apa tapi bukanlah bergandingan. Kita pun kena memudahkan kerja orang lain.

“Maksudnya macam kita dalam satu set tapi bukan dalam satu babak. Saya rasa belum masanya. Semasa berjumpa tadi pun kami tetap bertegur sapa,” katanya.

Ellie berkata, mereka pernah hidup bersama 19 tahun dan takkanlah dia kena menutup mata dengan kehadiran Azri pada acara ini.

“Saya profesional. Saya sampai tadi pun dia angkat tangan. Saya tak musuhi dia pun. Cara penceraian kita pun taklah jadi isu viral sangat-sangat.

“Kami hanya buat pemberitahuan kami bercerai selepas 19 tahun hidup bersama. Tapi ia tidak jadi isu besar-besaran.

“Saya tahu dia berlakon drama ini. Maksudnya kami ada kawan yang sama. Pengarah Tanah Kubur, Rashid Sibir pun kawan kami. Mustahillah kalau ada kem Azri dan kem Ellie Suriatie,” katanya.

Menurutnya, mereka bukan budak-budak dan sudah melalui usia matang.

“Kita kena raikan kerja. Rashid Sibir dan Opera Klasik dah sinonim dengan kami. Kami dah kerja berpuluh tahun dengan mereka sebelum ini.

“Takkanlah bila ada krisis saya tak menghormati majlis dan karya. Kita kena profesional dan hadir. Saya pun tahu kehadiran dia menerusi kawan-kawan kami juga,” katanya yang tampil menerusi episod Ustazah Scammer.

Ellie dan Azri disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, pada 17 Mei 2023.

Hasil perkahwinan selama 19 tahun, pasangan itu dikurniakan dua anak, Azrell Omar, 17, dan Nur Azreen, 13. Sementara dua lagi Ellie mengalami keguguran.

Sebelumnya, Azri menerusi perkahwinan terdahulu mempunyai tiga anak iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31, Farah Qistana, 29, Nur Anis Mastura, 27.

Sumber : hmetro

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Previous article“Lepas ni jangan banyak tanya,I ada hak sebagai suami” Shuib buat hal dengan Watie
Next articleShima ingin jadi calon Bebas, bela nasib rakyat sekali YB Khairy Jamaluddin bersuara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here