HASRAT seorang wanita mahu bersanding bersama suami di pelamin sempena hari bahagia terpaksa dilupakan selepas disahkan positif c0vldl9.
Hanya sebuah komputer riba (laptop) yang memaparkan rakaman dirinya ‘menemani’ pengantin lelaki di pelamin.
Video yang menunjukkan seorang pengantin lelaki segak berbaju Melayu songket bersendirian di pelamin itu, menjadi tular di media sosial.
Begitulah yang terpaksa dihadapi oleh pengantin baharu, Fazliana Sjafni dan suaminya selepas disahkan dijangkiti v1rus itu sehari sebelum majlis persandingan.
Wanita berusia 28 tahun itu berkata, dia bernikah pada 22 Februari lalu dan video yang tular adalah ketika majlis persandingan bagi pihak lelaki di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Ahad lalu.
View this post on Instagram
“Saya bagaimanapun disahkan positif cvdl9 pada Sabtu pagi dan perlu menjalani ku4rant1n di rumah. Memang sed1h.
“Tapi kami akur dan reda atas ketentuan Ilahi sekiranya ini qada dan qadar yang telah tertulis buat kami,” katanya kepada mStar, sambil menambah majlis persandingan bagi pihak perempuan diadakan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, pada hari nikah mereka.
Yana (kanan) dan suami bernikah pada 22 Februari 2022.
Mengakui perancangan Allah SWT adalah lebih indah, wanita yang lebih mesra disapa Yana itu memberitahu, rancangan untuk mengadakan majlis persandingan telah dibuat setahun lalu.
Namun hatinya cukup tersentuh apabila mengimbas saat suami, Meor Izz Rasydan Darsani, 27, yang terpaksa bersendirian di majlis sanding sambil disaksikan ramai tetamu.
“Sudah tentu saya sangat sebak apabila suami terp4ksa berjalan seorang (ke pelamin) kerana saya tidak dapat mengiringi suami ke majlis resepsi.
“Ia merupakan hari penting buat kami berdua kerana kami tidak pernah melihat atau berada di dewan tersebut walaupun setelah bernikah,” ujarnya yang berasal dari Kuala Lumpur.
Suami Yana (tengah) bersama ibu bapa mentua pada majlis persandingan.
Bagi Yana, majlis perlu diteruskan kerana semua perancangan telah dilakukan, dan pada masa sama dia tidak mahu mengambil risiko dengan menghadirkan diri.
Tidak mahu menghampakan para tetamu, dia turut ‘bersama’ suami lengkap dalam persalinan busana pengantin, secara maya menerusi aplikasi FaceTime.
Suami berpesan, jangan sed1h walaupun kami tak dapat bersama pada hari bahagia di atas mahligai yang dibina kerana rancangan Allah itu lebih baik.
FAZLIANA SJAFNI
“Saya tidak mahu jadi selfish (pentingkan diri sendiri). Saya seorang di rumah (kuarantin), tetapi saya tidak mahu kecewakan para hadirin yang hadir.
“Sekurang-kurangnya mereka dapat juga melihat pengantin perempuan. Suami berpesan, jangan sed1h walaupun kami tak dapat bersama pada hari bahagia di atas mahligai yang dibina kerana rancangan Allah itu lebih baik,” katanya sambil menambah suaminya yang dikenali selama 12 tahun merupakan jurulatih kecergasan.
Suami Yana berkomunikasi dengannya menerusi aplikasi FaceTime.
Yana bekerja dalam bidang perhotelan di Kuala Lumpur bagaimanapun bersyukur apabila majlis persandingan berjalan lancar meskipun tanpa kehadiran pengantin perempuan.
Susulan video yang dikongsi pihak lain menerusi aplikasi TikTok sehingga lebih sejuta tontonan, Yana berharap agar masyarakat tidak mengecam atau memfitnah mereka.
“Saya terbaca komen negatif yang menganggap apa yang kami buat hanya suka-suka, sekadar content. Adalah lebih baik bertanya daripada membuat tanggapan yang tidak wajar.
“Kami terpksa menukar plan saat akhir bagi melancarkan majlis. Apa yang berlaku bukan kehendak kami tapi kami reda dengan ketentuan Allah SWT,” katanya sambil menambah dia dan suami berhajat untuk menunaikan umrah di Tanah Suci dalam waktu terdekat.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : Mstar