Home Petua Tips Pemuda pec4h tabung duit kahwin, setahun berjaya kumpul RM19,000 – “Jangan malu...

Pemuda pec4h tabung duit kahwin, setahun berjaya kumpul RM19,000 – “Jangan malu naik motor”

134
0

Kita semua pasti mempunyai impian dan matlamat tersendiri. Namun hanya usaha penuh semangat, tanpa putus ada dan mempunyai matlamat yang jelas yang akan membuahkan kejayaan.

Bercakap mengenai usaha gigih, perkongsian daripada pemuda ini boleh memberikan dorongan kepada kita yang ingin mengumpul sejumlah wang dalam masa ditetapkan.

Pemuda dikenali Shafiq Shaifullah berkongsi bagaimana dia boleh mengumpul wang di dalam ‘Tabung Kahwin’ sebanyak RM19,000 dalam tempoh setahun bermula 7 Januari 2020 sehingga awal 5 Januari 2021.

“Demi menghalalkan seorang wanita aku gagahkan diri ini menabung. Alhamdulillah apabila niat kita betul, ALLAH permudahkan segala urusan.

“Alhamdulillah hari ini selamat pecahkan tabung kahwin walaupun sudah lama berkahwin,” titipnya pada video berkenaan.

Shafiq mendedahkan telah menyimpan sebanyak RM1,500 sebulan di dalam tabung khas semasa menjawab pertanyaan warga maya.

“RM1,500 persamaan dengan gaji pokok saya. Setiap bulan konsisten. Kalau ada bayaran elaun kerja lebih masa, saya akan masukkan dalam tabung,” katanya yang telah selamat bergelar suami pada 27 Mac 2021.

Video:

Menurut Shafiq, ketika itu dia dikurniakan rezeki lebih yang membolehkan perkahwinan dilangsungkan tanpa perlu memec4hkan tabung tersebut.

Kegigihan pemuda itu bekerja siang malam dan tekun membuat tabungan menarik perhatian warga maya.

Pengetahuan atau kesedaran tentang pengurusan kewangan sewaktu muda amat penting.

Ini kerana korang mempunyai tempoh masa yang lebih panjang untuk merancang simpanan. Semoga kisah ini memberikan inspirasi buat kita semua!

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber: sinarplus.sinarharian.com.my

Previous articleMakan Gerai Tepi Jalan, Eina Azman Dipuji Humble
Next article[VIDEO] Anak Lambai Ayah Atas Jejantas Teruja Bila Dengar Hon ‘Baby Shark’ Buat Ramai Netizen Seb4k

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here