Home Petua Tips Dulu pernah berangan-angan jadi pengulas sukan, kini kali pertama buat reporting terus...

Dulu pernah berangan-angan jadi pengulas sukan, kini kali pertama buat reporting terus tersasul

285
0

“PERAYAAN Tahun Baru Cina bukan sekadar dirai oleh masyarokot. masyarokot.sorry sorry.”

Begitulah kisah seorang pembaca berita apabila dia tersasul perkataan masyarakat yang disebutkan sebagai masyarokot ketika pertama kali mengendalikan laporan berita di lapangan.

Perkongsiaan video pendek yang berdurasi 8 saat itu tvlar di laman sosial memperlihat Syairul Islam Basmullah tersasul perkataan ketika mengendalikan laporan berita operasi selamat 16/2020 yang berlangsung di Selamat Pagi Malaysia di saluran RTM.

Posting itu meraih lebih daripada 83,000 tontonan, 5,800 ulang kicau dan 4,500 tanda suka di Twitter.

Rata-rata pecah perut dengan gaya aksi spontan Syairul Islam apabila dia tersasul ketika bertugas.

 

 

Perkongsian mengenai Syairul yang tersasul ketika mengendalikan laporan berita tular di laman sosial Twitter.

“Dia punya qalqalah tu.

“Nasib kau handsome bang, nak gelak pon tak sampai hati.

“Maaflah, tapi dah tergelakkk…hahaha,” komen beberapa netizen.

Berkongsi dengan mStar, Syairul Islam atau lebih mesra disapa Syai memberitahu itu merupakan kali pertama dia tampil sebagai stand upper untuk laporan berita.

Katanya, dia tidak sengaja tersasul perkataan ‘masyarakat’ itu kerana terlalu gugup dan tidak mempunyai apa-apa pengalaman mengendalikan laporan sedemikian.

 

 

Syai menarik nafas lega kerana video rakaman itu tidak disiarkan secara langsung.

Bagaimanapun, Syai menarik nafas lega kerana video rakaman itu tidak disiarkan secara langsung.

“Sebenarnya tu kali pertama saya buat reporting. Saya memang tak ada apa-apa pengalaman dalam reporting.
“Sebab tu rasa nervous gila masa on camera. Dengan orang ramai lagi, memang saya lagi gugup la. Tu sebab boleh tersasul.

“Lepas je kejadian tu, terus saya pegang telefon sebab takut tersasul nanti jadi benda lain,” katanya.

Menurut pemuda berusia 21 tahun itu, dia baru sahaja berjinak-jinak dalam mengacarakan program di RTM selepas melepasi ujibakat penyampai berita TV dan wartawan sambilan yang dianjurkan rangkaian televisyen berkenaan.

 

Mengimbau kenangan lama, pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal itu tidak menyangka akan mengendalikan bidang pengacaraan separuh masa.

“Dulu saya ada masuk ujibakat, RTM buat. Alhamdulilah, macam sekarang ni saya berpeluang mengacarakan program Selamat Pagi Malaysia, jadi pembaca berita, dan terbaharu saya mengacarakan program saya sendiri iaitu Santai IPT.

“Kalau tengok kerjaya, memang lari bidang, daripada engineering but now buat hosting. Semuanya dah tertulis bila saya masuk Poli Voice dekat Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

“Ingatkan program Poli Voice tu kena menyanyi, rupanya kena hosting. Berderau juga darah sebab tak sediakan apa-apa skrip waktu tu.

Macam nak hosting tu tak pernah lagi terfikir, sebab masa sekolah dulu saya suka berangan-angan waktu subjek Pendidikan Jasmani, saya selalu pergi tepi padang, konon-konon jadi komentator sukan dengan kawan.” ujarnya.

 


Syai belum bercadang untuk menamatkan zaman bujangnya dalam waktu terdekat.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai status, Syai belum merancang untuk menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat.

“Sekarang ni memang saya single, tapi saya nak fokus ibu bapa saya dan keluarga dulu.

“InsyaAllah kalau kewangan dah stabil, ada rezeki, mungkin umur 30 tahun baru saya kahwin,” tambahnya.

Dalam perkembangan lain, Syai masih belum menamatkan pelajarannya dan dia merupakan pelajar praktikal di sebuah bengkel kereta yang terletak di kawasan Shah Alam, Selangor.

 

Video

 

View this post on Instagram

 

MASYAROKOT PUN BOLEH!

A post shared by (@syairulislam) on

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

 

Sumber : Mstar

Previous article‘Saya akan tetap senyum biarpun hati men4ngis’- Ali Puteh Luah Rasa
Next articleBila Turun Kereta Fazura Mnangis Buat Netizen Pun Sebak,Rupanya Ada Sebab Fazura Mnangis

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here