Home Petua Tips Peniaga Burger Kna Komp4un, Sekali Isteri Dia Cerita Perkara Sebenar

Peniaga Burger Kna Komp4un, Sekali Isteri Dia Cerita Perkara Sebenar

671
0

 

“TIDAK adil kami dikenakan kompavn dalam jumlah yang begitu besar, kami bukan pemilik restoran tapi hanya berniaga depan tangga rumah”

Demikian luahan penuh kecew4 Nor Laili Shafii, selepas gerai burger yang diusahakan bersama suami, Wan Mohd Faisal Wan Kadir, dikenakan kompaun oleh pihak polis gara-gara beroperasi melebihi had masa ditetapkan.

Bercerita kepada mStar, Nor Laili berkata gerai mereka yang terletak di hadapan rumah di Kampung Rambutan Rendang, Kota Bharu didatangi anggota polis yang menaiki sebuah kereta pada kira-kira pukul 11 malam Ahad.

“Masa itu saya dan suami sedang menyiapkan tempahan burger pelanggan… memang tiada seorang pun pelanggan di gerai ketika itu, hanya saya dan suami serta empat pekerja.

“Anggota polis keluar daripada kereta dan bertanya kenapa tak tutup lagi? Kami jelaskan sedang siapkan pesanan pelanggan yang merupakan pekerja kilang dan akan hantar (COD). Memang tak berniaga dah masa itu.

“Mereka terus meminta kad pengenalan, kami merayu dan beritahu akan terus tutup gerai tapi nampaknya rayuan tak didengari. Mereka terus keluarkan kompavn.

“Bila tengok jumlah tu memang terkejut… biar betul. Kami hanya berniaga cari makan depan tangga rumah, dan tiada seorang pun pelanggan. Namun tanpa budi bicara, kompavn terus dikeluarkan… tiada amar4n atau budi bicara,” kata wanita berusia 37 tahun ini.

Suami Nor Laili, Wan Mohd Faisal kebiasannya akan menghantar burger yang ditempah pelanggan.

Tambah wanita ini, menerusi apa yang dimaklumkan anggota polis, ada pihak lain yang membuat laporan mengenai gerainya beroperasi melebih waktu ditetapkan.

Difahamkan, kompavn tersebut merupakan kes berulang selepas kali pertama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini apabila mereka dikenakan kompaun RM1,000.

Untuk rekod operasi premis kedai makan atau restoran di Kelantan dihadkan sehingga pukul 10 malam sahaja sepanjang tempoh PKP yang sedang dikuatkuasakan.

“Mungkin ada yang tak puas hati dengan sambutan yang diterima gerai kami. Kami dah berniaga burger selama belasan tahun cuma hanya tahun lalu baru berniaga di depan rumah sebab PKP. Boleh dikatakan ramai yang tahu gerai Faisal Burger.

“Lagi pula ramai yang bekerja shif contohnya pekerja kilang. Waktu-waktu pukul 10 macam tu baru mereka nak cari beli makanan, dan ada juga nak beli untuk bersahur. Tapi dah ditetapkan operasi sehingga 10 malam sahaja.

“Pasal lebih masa, saya rasa banyak juga kedai yang ikut peraturan. Disebabkan itu saya rasa kalau nak adil, biarlah adil dan kuat kuasa peraturan kepada semua,” ujarnya.

Tambah Nor Laili, bisnes burger merupakan satu-satunya mata pencariannya bersama suami justeru mereka terlalu berharap agar nilai kompavn yang dikenakan agar dipertimbangkan semula.

Antara komen netizen yang turut bersimpati dengan nasib pasangan suami isteri tersebut.

“Bayangkan, kami hanya berniaga burger tapi begitu besar nilai kompaun yang dikenakan. Kami bukannya pemilik restoran. Namun kami anggap ini ujian Ramadan.

“Namun apapun kami bercadang untuk mengemukakan rayuan kelak,” ujarnya lagi.

Terdahulu, perkongsian yang dibuat mengenai perkara berkenaan di laman Facebook menjadi tular di mana sehingga kini ia meraih 5,300 shares.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa simpati dengan nasib pasangan suami isteri berkenaan, malah ada yang turut meminta nombor akaun bagi menyalurkan sedikit sumbangan kepada mereka.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.malaysiarepoter.com/

Previous articleHanya tayang 1 episod sahaja di Indonesia, Shahrulezad akui ‘Nur’ dibuat ikut selera penonton Malaysia – “Acik-acik bawang sana suka sinetron zoom in zoom out” –
Next article“Cinta Hingga Jannah..” 5 Tahun Bercinta, 4 Bulan Bernik4h, Suami P4srah Isteri ‘Pergi’ Kerana K4nser

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here