Home Petua Tips Percutian ke Mabul ‘diekori’ seorang pakcik… pemuda tak hirau tindakan ‘camp4k duit...

Percutian ke Mabul ‘diekori’ seorang pakcik… pemuda tak hirau tindakan ‘camp4k duit sedekah’ dipertikai, ada alasan sendiri!

87
0

KUNJUNGAN jejaka ini ke Pulau Mabul ternyata membuka matanya untuk melihat dunia dari perspektif berbeza.

Destinasi pelancongan di pesisir pantai tenggara negeri Sabah itu bukan sahaja menawarkan pemandangan yang memuk4u, namun mengajar kita akan erti sebenar perkataan syukur.

Menurut Syazrul Iman Suhaimi, 27, kunjungan kali pertama itu membolehkan dia menyelami gaya hidup penduduk setempat di Mabul yang disifatkannya berbeza dengan senario biasa di semenanjung tanah air.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Sebelum ini saya pernah ke Sabah tapi ini kunjungan pertama ke Mabul. Sebelum ke sana, saya sudah tahu serba sedikit mengenai persekitaran di sana. Saya pernah tonton video-video berkaitan Mabul.

“Waktu hari pertama sampai, ada orang datang jual air kelapa kepada saya. Dia datang sendirian, dengan muka kesian dan minta saya beli. Saya pula mudah simpati, dia orang tua. Terus saya beli, tambahan pula dah lama tak minum air kelapa. Apa salahnya bantu dia.

“Entah bagaimana dia tahu lokasi bilik saya. Bilik itu kebetulan di atas air, buka sliding door terus laut. Pada hari kedua, dia datang lagi. Kali ini dia naik sampan dan bawa dua anak. Kebetulan ketika itu hujan renyai-renyai, lagi saya rasa kesian. Jadi, saya hulurkan RM50,” ujarnya kepada mStar.

Dia yang senang disapa Syazrul turut berkongsi rakaman video kejadian itu sebelum ia dikongsi ke platform TikTok sehingga meraih lebih 115,000 tontonan.

syazrul4

Syazrul tiba ke Mabul pada Rabu lalu.

Selain dihujani komen yang memuji tindakannya, ada juga netizen yang meninggalkan komen tegvran atas tindakan jejaka itu melemparkan duit dari atas jeti ke dalam perahu peniaga kelapa tersebut.

“Saya tak terfikir nak buat content pun. Saya sendiri kurang aktif di TikTok. Saya sekadar rakam video untuk buat kenangan. Kemudian saya kongsi video itu untuk bagi mesej kepada orang lain agar sentiasa bantu mereka yang kesus4han.

Melihat kehidupan mereka di sana membuatkan saya lebih bersyukur dengan kehidupan ini.

SYAZRUL

“Ada orang komen, jangan ajar bagi duit pada mereka. Tapi pada saya, kita boleh bantu mengikut kemampuan. Kalau tak boleh bagi duit, boleh bagi benda lain. Tak semua minta duit, ada yang minta makanan. Saya juga ada bagi Apollo buat mereka.

“Selain itu, ada juga yang komen, mereka tanya, kenapa baling duit? Abang tu yang minta lempar duit sebenarnya. Kalau nak hulur ke tangan, kena jalan jauh ke tangga jeti. Ataupun, takkan saya nak suruh dia panjat jeti?

“Ada juga yang kata, bagi dekat seorang, nanti sekampung datang. Tapi saya OK saja, tak ada pun jadi macam tu. Mereka pun tak mem4ksa.

syazrul6

Syazrul turut berkongsi rakaman kejadian itu ke aplikasi TikTok.

“Komen neg4tif tu wajib ada. Tapi saya tak kisah. Saya abaikan saja. Apa pun, saya terh4ru sebab ramai yang doakan saya. Bukan niat nak riyak. Saya ris4u juga orang fikir begitu. Saya cuma nak tunjuk contoh yang baik. Tak dapat bagi banyak, bagi setakat yang kita mampu,” ujarnya lagi.

Menurut jejaka dari Langkawi, Kedah itu, dia tidak serik untuk ke Mabul dan pastinya akan mengulangi kunjungan itu suatu hari nanti.

“Melihat kehidupan mereka di sana membuatkan saya lebih bersyukur dengan kehidupan ini. Kalau nak dibandingkan dengan mereka, kita kena bersyukur dengan apa yang kita ada.

“Dengan pemberian kita, mungkin boleh buat mereka gembira. InsyaAllah, saya tak serik untuk datang ke Mabul,” ujarnya yang berniaga sendiri di negeri kelahirannya.

Untuk rekod, Syazrul bersama beberapa rakan berkunjung ke Mabul pada Rabu lalu dan baru sahaja pulang ke ibu negara pada Sabtu.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : https://www.sinarviral.kini.blog/

Previous article[VIDEO] Neelofa Terkejvt Bayi Tiba-Tiba Menendang Ketika Dengar PU Riz Bacakan Zikir
Next articleDitanya Tentang Status Hubungan Datuk Nora Dengan Isteri Pertama, Apa Yang Berlaku Mengejvtkan Ramai!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here