Home Petua Tips ‘Nak Tamatkan PKP,Kita Perlu Lihat Beberapa Petanda Sebelum Ia Berakhir’ – Dr...

‘Nak Tamatkan PKP,Kita Perlu Lihat Beberapa Petanda Sebelum Ia Berakhir’ – Dr Noor Hisham

219
0

Beberapa indikasi perlu dilihat terlebih dahulu sebelum tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Dr Noor Hisham berkata antara faktor yang perlu dikenal pasti untuk menamatkan PKP adalah pengurangan kes positif Covid-19 yang direkodkan, sama ada masih ada kebolehjangkitan virus tersebut.

“Bagi penamatan PKP, kita mesti ada ‘exit strategy’sebelum ia berakhir, dan antara indikasi-indikasi kita ialah pengurangan kes yang masih dirawat atau kebolehjangkitan kes.

“Sekarang ini kita ada 2,198 kes (kes kebolehjangkitan) tapi kalau kes berkurangan maksudnya kita ada pengurangan kes jangkitan di komuniti. Antara seorang dengan seorang jadi itu adalah salah satu faktor.

“Yang kedua, kita menggunakan surveillance (pengawasan). Surveillance yang kita laksanakan dari bulan Januari lepas yang kita lihat kepada kes-kes influenza-like-illness (ILI) and severe acute respiratory syndrome (SARI) di dalam komuniti,” katanya pada sidang media Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Jelasnya, pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap kes-kes SARI semakin berkurangan.

 

“Jadi mungkin itu salah satu indikasi yang lain untuk kita menasihatkan kepada MKN (Majlis Keselamatan Negara) untuk menamatkan PKP, dan juga kita lihat kepada kawasan-kawasan yang tertentu, kepadatan kawasan tersebut sama ada ada atau tidak ada jangkitan, wujudnya kluster-kluster baharu di kawasan di sesebuah kawasan,” katanya.

Dalam pada itu, Noor Hisham berkata keupayaan makmal untuk mengesan kes positif Covid-19 tepat dan cepat serta kemampuan KKM untuk menampung pesakit antara dua isu yang perlu ditangani pihaknya bagi menamatkan PKP.

Menjawab pertanyaan pemberita mengenai petanda awal KKM berjaya melandaikan keluk pandemik, Dr Noor Hisham mengakui memang unjuran kes-kes positif Covid-19 iaitu kes kebolehjangkitan sekarang semakin berkurang.

“Sekarang ini masih ada 2,000 lebih kes positif. Kalau kita dapat jalankan aktiviti pemulihan sebagaimana kita laksanakan pada PKP 1 dan 2, kita boleh kurangkan (jumlah itu).

“Ada satu ketika kes 4,000 lebih sekarang kebolehjangkitan hanya 2,198, jadi tindakan kita walaupun hari ini kita ada 69 kes, yang penting adalah kita kurangkan lagi kes kebolehjangkitan ini lebih kurang 2,000 hingga 1,500.

Jelasnya, apabila kes tersebut berkurang, pengawalan akan lebih baik dan mudah bagi KKM menumpukan pada kawasan dan kumpulan berisiko tinggi.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : Malaysiakini

Previous articleKena ‘ped4jal’ dengan ahli group Whatsapp, individu yang tular ni mohon maaf
Next articleDr M bagi sebab kenapa Kerjaan tidak perlu g0poh tamatkan PKP.Alasannya Memang Padu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here