Atas nama cinta, pelakon dan usahawan terkenal Aeril Zafrel menghadiahkan isterinya juga pelakon, Wawa Zainal wisma bernilai RM3.2 juta.
Bangunan tiga tingkat yang menelan kos pengubahsuaian sekitar RM2 juta itu adalah pusat bagi rangkaian perniagaan mereka, Wawa Cosmetics.
Lokasi sama turut menempatkan ruang pejabat dan gudang penyimpanan stok barangan.
Menurut Wawa, 31 atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, memiliki wisma sendiri adalah impian mereka sejak 2016 lagi.
“Sebenarnya kami sudah memasang impian ini dari dulu. Tidak menjangka kami akhirnya dapat buat, walaupun sebenarnya banyak dugaan dan rintangan dari awal mulakan perniagaan.
“Kami pernah diketawakan, dihina malah ada beranggapan kami akan bercerai. Sebab pada awal ambil keputusan untuk kahwin, orang ramai cakap kami akan hidup susah.
“Alhamdulillah, akhirnya kami dapat buktikan kami juga boleh berjaya. Kata-kata itu membuatkan kami kuat hingga sekarang,” katanya.
Wawa dan Aeril ditemui pada Perasmian Wawa Cosmetic HQ dan Pelancaran Wawa Fantacy Dream Night, di Bandar Baru Bangi, Selangor, pada Isnin.
Menurut Wawa, dia bangga dengan kejayaan dikecapi selain masih tidak percaya sudah memiliki wisma perniagaan sendiri.
“Saya sebenarnya sangat bangga dengan kejayaan hari ini. Macam tak percaya pun ada kami sudah ada wisma.
“Proses pengubahsuaian menelan kos RM2 juta. Ia dimulakan sejak Jun tahun lalu lagi. Ambil masa lama juga untuk siap sepenuhnya. Ia direka oleh Aki Designer berkonsepkan ‘French Industrial’.
“Memang gembira apabila sudah ada wisma. Sudah boleh jemput r’eseller’ untuk datang mesyuarat di pejabat. Sebelum ini tak ada tempat. Sekarang apabila sudah ada tempat cantik, boleh bergambar dan lain-lain,” katanya lagi.
Mengulas mengenai set solekan terbaharu yang bakal dilancarkan pada 25 Mac depan, ia sebenarnya adalah edisi kedua selepas kejayaan Wawa Unicorn Edition yang habis terjual dua tahun lalu.
“Kami pilih untuk mengekalkan konsep ‘fairytale’ kerana ramai yang suka selain ia adalah edisi terhad. Yang istimewanya kali ini, saya turut membuat ‘cover’ lagu Snow White untuk video klip kempen berkenaan. Bermakna sebab ia serentak dengan pembukaan wisma baru kami.
“Edisi pertama sebelum ini ‘sold out’ dalam tempoh seminggu. Ada pembeli yang tidak sempat untuk milikinya. Jadi saya fikir, edisi baru ini adalah sebagai hadiah kepada mereka di luar sana. Saya sebenarnya sudah lama rancang untuk lancarkan Fantasy Dream Night ini, cuma ada beberapa kekangan dengan pandemik c0v1d-19 dan sebagainya.
“Jadi sekarang adalah masa yang sesuai. Kita keluarkan 80,000 set untuk pengeluaran pertama. Harapnya ia mendapat maklum balas yang baik daripada semua, insyaAllah,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : MH