Home Petua Tips Pernah ditinggalkan gara-gara orang ketiga, Nabila Razali belum boleh duduk semeja dengan...

Pernah ditinggalkan gara-gara orang ketiga, Nabila Razali belum boleh duduk semeja dengan bek4s kekasih

99
0

PERNAH ditinggalkan kekasih dan gagal dalam percintaan merupakan salah satu pengalaman hidup yang tidak boleh dilupakan oleh penyanyi dan pelakon Nabila Razali.

Meskipun kisah menyedihkan itu sudah berlalu lama, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 29, berkata kes4kitannya masih dirasai hingga ke hari ini.

“Cerita putus cinta ini dah lama, sebelum saya jadi artis lagi. Kami sempat bercinta dalam setahun. Punca putus kerana orang ketiga… akhirnya saya ditinggalkan tanpa berita, tak tahu adakah hubungan itu masih berterusan atau dah tak ada lagi.

“Sekarang ini masing-masing dah move on, cuma ada beberapa perkara kita tak boleh lupa… luk4 mungkin dah hilang cuma p4rut itu masih ada! Dendam tu dah tak ada tapi sejujurnya nak duduk semeja belum boleh lagi.

“Tak apa la masing-masing dah bawa haluan sendiri. Sekarang ini saya hanya fokus kerjaya, banyak benda yang saya perlu uruskan. Cinta? Saya masih belum fikirkan lagi buat masa ini,” katanya kepada mStar.

nabila novel

Nabila masih terkenang kisah cinta lama.

Nabila ditemui semasa pelancaran novel Kerana Cinta Itu Ada yang diadakan di Bookxcess, MyTown, Kuala Lumpur pada Rabu.

Mahu memberi semangat kepada wanita lain yang pernah kecund4ng dalam perhubungan cinta mereka, penyanyi lagu Putus ini berkongsi idea dalam karya tulisan novelis Sophilea itu.

Selalu kita sampaikan luahan isi hati dengan cara menyanyi, layan seorang diri memikirkan tentang si dia, jadi sebab itulah saya buat dalam bentuk novel pula

NABILA RAZALI

PENYANYI/ PELAKON

Kata Nabila, sebanyak 50 peratus perjalanan kisah dalam novel itu mempunyai kaitan dengan dirinya.

“Selalu kita sampaikan luahan isi hati dengan cara menyanyi, layan seorang diri memikirkan tentang si dia, jadi sebab itulah saya buat dalam bentuk novel pula.

Nabila putus

Nabila menyanyikan lagu terbaharunya berjudul Putus.

“Saya pasti setiap orang ada kisah cinta masing-masing dan pembaca boleh kaitkan dengan kisah mereka juga… saya kongsi pengalaman ini supaya bila orang lain baca mereka juga dapat pengalaman sama.

“Setiap orang ada cerita yang mungkin sama dan diharap dapat memberi semangat kepada mereka untuk terus bangkit. Cumanya dalam novel ini watak dan jalan cerita diubah mengikut kesesuaian supaya lebih menarik untuk pembaca,” ujarnya.

nabila novel 2

Nabila bersama novelis Sophilea.

Dalam perkembangan lain, Nabila juga merancang untuk mengadaptasikan karya tersebut kepada sebuah drama selepas ini.

Novel Kerana Cinta Itu Ada diedarkan oleh Mask Team dan boleh didapati secara dalam talian bermula 14 Mac dengan harga RM35 bagi Semenanjung Malaysia, manakala RM38 di Sabah dan Sarawak.

Novel mengangkat watak gadis bernama Nabila Aulia dan kekasihnya, Tengku Aisy Mateen ini juga bakal berada di kedai buku seluruh Malaysia dalam masa terdekat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : mStar

Previous articlePencarum KWSP dibenarkan keluar simpanan cecah RM10,000… PM minta rakyat fikir masak-masak!
Next article[VIDEO] ‘Kami Baru Sahaja Bernikah, Tiba-Tiba Doktor Kata Aku Kena Bu4ng Rahlm Aku’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here