Home Petua Tips Pertama Kali Beraya Tanpa Emak, Amy Search Rindu Memori Lebaran Bersama Orang...

Pertama Kali Beraya Tanpa Emak, Amy Search Rindu Memori Lebaran Bersama Orang Tua

101
0

Redup hati Amy Search mengenangkan kepergian ibu tercinta, Allahy4rham Fatimah Idris yang pergi menghadap Illahi pada 1 Ogos tahun lalu.

Tambahan pula tahun ini merupakan tahun pertama Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman menyambut bulan Ramadan tanpa kehadiran syurga dunia dan akhiratnya.

“Sedih rasanya kerana tahun ini kami sambut Ramadan tanpa ibu. Kalau tidak, selalunya, saya akan pulang ke Johor sebelum bulan puasa untuk ziarah kubvr ayah.

“Dan seminggu sebelum raya juga, saya sudah berada di kampung, untuk kemas rumah, pasang langsir, anyam ketupat dan beli barang-barang keperluan di pasar.

Sebab saya yang akan siapkan bahan-bahan memasak untuk menu hari raya,” kata Amy.

Kongsi Amy, sewaktu arw4h ibunya sudah uzur dan tidak kuat, dia yang mengambil tanggungjawab penuh dalam tugasan memasak.

“Namun, ketika itu, arw4h emak akan bantu bagaimana nak masak, menumis dan sebagainya. “Begitupun, semuanya telah jadi kenangan.

Memang terasa sangat Ramadan kali ini tanpa emak dan ayah. Sudah tiada lagi momen minta maaf pada pagi raya selepas ini bersama mereka,” ujar Amy.

Melanjutkan bicara, Amy memberitahu yang dia tidak kerap mengadu tentang masalah yang dialami sepanjang hay4t ibunya. “Emak tahu kalau saya sedih atau gembira.

Tapi saya tak pernah mengadu jika saya mengalami masalah. Moga emak saya ditempatkan dalam syurga firdaus dengan keredaan-Nya,” ujarnya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :http://www.sinarviral.com/

Previous articleBapa mvntah, terduduk di tandas sebelum sahur… esoknya hembus n4fas terakhir! Anak ralat tak dapat berbuka sama walau tarikh dah ada
Next articleSaya Sebenarnya Rindu, Tapi Mungkin Babah Sibuk Dengan Keluarga Baru – Anak Jamal Abdillah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here