Home Petua Tips Pertama Kali Jadi Wanita ‘Hamil’, Posing Uyaina Arshad Bikin Ramai Bimbang!

Pertama Kali Jadi Wanita ‘Hamil’, Posing Uyaina Arshad Bikin Ramai Bimbang!

141
0

Nama Uyaina Arshad nampaknya tidak asing lagi dalam dunia hiburan selepas beliau kini turut bergelar pelakon.

Pada mulanya Uyaina memilih untuk memasuki pertandingan Nona Manis 2015, rezeki menyebelahi dirinya apabila beliau telah dinobatkan sebagai juara bagi pertandingan tersebut.

Kini, Uyaini telah menjadikan lakonan sebagai kariernya dan ini merupakan kali pertama beliau membawa watak wanita mengandung!

Menerusi posting terbaharunya di laman Instagram, Uyaina ada memuat naik beberapa keping foto menunjukkan beliau sedang ‘hamil’.

Lebih menarik lagi apabila Uyaina kelihatan sangat bersemangat bergambar bersama dengan ‘perutnya’ itu.

Posing beliau telah membuatkan ramai ‘bimbang’ melihat aksi pelakon berusia 29 tahun itu sehingga ada yang salah faham ingatkan beliau benar-benar sudah hamil.

Terkejut pula tiba-tiba Uyaina dah hamil, beliau belum lagi mendirikan rumah tangga tapi rasanya dah tak available kerana bunga ini sudah disunting!

Apa pun, tak sabar nak tengok macam mana agaknya Uyaina bawa watak jadi ibu mengandung ya?

Baca juga artikel berkaitan:

Uyaina Arshad Is Taken, Dedah Sudah Dirisik Keluarga Raja Syahiran
Uyaina Arshad Dedah Alami Gangguan Mental, Rasa Diri Tidak ‘Berguna’
Sumber foto: Instagram Uyaina Arshad

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Previous articleLupa Tarikh Ulangtahun Perkahwinan, Rupanya Awal Ashaari Seorang Yang …
Next articleBagi Anak His4p Vape, Tindak4n Ibu Bapa Ini Und4ng Kem4rahan Netizen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here