GEORGETOWN: Pertubuhan Penyebaran Isla.m Antarabangsa (IPSI) ingin mendengar sendiri suara hati usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman yang mencetuskan k.ntroversi sehingga mengancam untuk mur.tad.
Presidennya, Datuk Kamaruddin Abdullah berkata, pihaknya sentiasa terbuka untuk memberi nasihat dan kaunseling kepada mana-mana individu yang mempunyai masalah sehingga ingin keluar daripada Islam.
“Apabila seseorang meluahkan perasaan hendak mu.rtad apakah kita hendak bawa pendekatan keras, mengh1na, menc4.ci dia.
“Ya, dia (Muhammad Sajjad) ada banyak kesilapan, ada isu dia, kita semua tahu tetapi kembalilah kita kepada ajaran Islam yang sebenar iaitu agama rahmah dan kasih sayang serta berhenti men.caci orang lain,” katanya.
Menurut Kamarudin, siapa pun yang lafaz ingin murtad, IPSI dan pertubuhan dakwah yang lain akan cuba membantu, malah dia sendiri pernah memberi kaunseling kepada mereka yang ingin mu.rtad.
Bagi saudara Muhammad Sajjad, kata Kamarudin IPSI sedia membantu dan ingin mendengar suara hati Sajjad, apa masalah yang sebenar sehingga dia ugut ingin keluar daripada agama Islam, apakah ada kaitan dengan status jantina saudara atau lain-lain.
Baru-baru ini, Muhammad Sajjad menyatakan hasrat untuk keluar daripada agama Islam melalui sebuah video yang tular di dalam media sosial.
Video yang berdurasi 1 minit 45 saat itu memaparkan luahannya yang seakan-akan mahu menukar agama selepas mendakwa kecewa dengan tindakan orang di sekeliling termasuk dengan apa yang berlaku kepadanya.
Mengulas lanjut, Kamaruddin yang juga Ahli Istitabah Negeri Perak berkata, dalam kes Muhammad Sajjad segala kem.rahan, kejian, cac1.an dan tohmahan yang dilemparkan terhadap usahawan itu tidak dapat menyelesaikan keadaan.
“Senang untuk kita cakap, belum kita diuji seperti mana Allah SWT uji Muhammad Sajjad, sesungguhnya kasih sayang rahmah dan keampunan Allah SWT lebih luas.
“Sama-sama kv.tuk, fitn4.h, toh.mah tidak menyelesaikan masalah ini, apa yang penting ialah menyelamatkan akidah seorang Muslim pada ketika ini,” ujarnya lagi.
Tambah beliau, pendekatan psikologi merupakan cara terbaik untuk membantu Muhammad Sajjad pada ketika ini yang jiwanya sedang mengalami kekacauan.
Sumber UTUSAN ONLINE