Home Petua Tips Program khas PM, sekali netizan perasan jam tangan PM, ramai kata kant0i

Program khas PM, sekali netizan perasan jam tangan PM, ramai kata kant0i

101
0

PROGRAM Bicara Khas Eksklusif bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disiarkan RTM dan TV3, termasuk Bernama pada Ahad malam, mendapat perhatian ramai.

Manakan tidak, program yang disiarkan pada pukul 9 malam itu mengupas mengenai cabaran pand3mik c0v1d-19 ketika negara mencatatkan peningkatan mendad4k kes harian sehingga lebih 6,000 sejak beberapa hari lalu.

Namun, kec0h di media sosial apabila ramai yang mempertikaikan sama ada wawancara itu disiarkan secara langsung, gara-gara jam tangan yang dipakai perdana menteri yang dirakamkan ketika bersiaran menunjukkan pukul 6 petang, tiga jam lebih awal.

“Bicara Khas dengan Perdana Menteri dilakukan secara live (secara langsung) pada jam 9 malam, tetapi jam PM menunjukkan pukul 6. Adakah ia telah dirakamkan terlebih dahulu?” tulis seorang netizen.

Antara komen netizen di media sosial.

“Ku sangkakan live, rupanya recorded (rakaman) haha,” ujar seorang lagi netizen.

“Rupa-rupanya ada time difference (perbezaan waktu) waktu Semenanjung Malaysia dengan waktu siaran langsung dekat studio RTM… tiga jam berbeza semasa siaran langsung,” komen netizen.

“Kant0ilah pula,” tambah yang lain.

Berdasarkan semakan, program itu disebut sebagai siaran ‘langsung’ oleh pihak TV3 dan Bernama di laman sosial masing-masing.

Foto kiri menunjukkan poster untuk siaran RTM dan Bernama, manakala foto kanan adalah poster ‘siaran langsung’ oleh TV3.

Susulan kekecoh4n di media sosial, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Senator Datuk Ras Adiba Radzi mengesahkan bahawa program Bicara Khas Eksklusif bersama Perdana Menteri yang disiarkan pada Ahad malam sebenarnya adalah rakaman yang dibuat pada Sabtu.

“Sebenarnya ia dibuat secara rakaman, bukannya live. Ia dirakamkan di RTM pada Sabtu,” katanya ketika dihubungi.

Apa yang penting adalah mesej dan maklumat yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita semua bijak untuk menilainya

RAS ADIBA RADZI

Ditanya mengenai Bernama termasuk Bernama TV menyebut ‘langsung’ mengenai program itu di laman sosialnya, Ras Adiba yang merupakan Ahli Dewan Negara berkata, ia merujuk kepada waktu program itu bersiaran, dan bukannya ia disiarkan secara langsung.

“Perkataan ‘langsung’ itu merujuk kepada waktu rakaman program itu sedang on air atau sedang ke udara menerusi platform digital pada ketika ia bersiaran di saluran Bernama TV, bersama yang lain di RTM dan TV3. Kita tak sebut ‘siaran langsung’ ketika program itu ke udara,” jelas beliau.

Pengumuman yang dibuat menerusi laman sosial Bernama.

Menerusi semakan, RTM dan Bernama tidak menyebut ‘langsung’ pada poster program tersebut, kecuali TV3 yang menyatakannya sebagai ‘siaran langsung’.

Dalam pada itu, Ras Adiba berkata, apa yang lebih penting adalah mesej yang ingin disampaikan oleh perdana menteri kepada masyarakat menerusi program berkenaan.

“Bagi saya, apa yang penting adalah mesej dan maklumat yang disampaikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Kita semua bijak untuk menilainya.

“Fokus kita adalah sama-sama bersatu-padu dengan memainkan peranan masing-masing dalam keadaan semasa C0v1d-19 yang membimbangkan, kasihan dengan frontliners… kita semua kena sama-sama jaga diri,” kata beliau sambil menasihat masyarakat untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi membendung penular4n wab4k.

Menerusi wawancara yang berlangsung selama sejam itu, antara kupasan yang disampaikan adalah mengenai situasi semasa j4ngkitan C0v1d-19 di negara ini, SOP, pemberian v4ksin C0v1d-19 dan pemulihan aktiviti ekonomi negara ketika pand3mik.

SOP tidak statik, dinamik ikut situasi pand3mik C0VID-19

KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur: Prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara adalah tidak statik, sebaliknya bersifat dinamik dan keputusan untuk dilaksanakan atau tidak sekatan pergerakan atau “l0ckdown” ditetapkan mengikut situasi pand3mik C0VID-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata SOP berubah-ubah kerana situasi keadaan C0VID-19 itu sendiri yang berubah.

“Kita tidaklah statik (mengenai SOP PKP). Dinamik, ikut keadaan situasi yang memerlukan kita membuat adjustment (penyesuaian) untuk menangani situasi yang berbeza-beza. Contoh (sebelum ini) dibenarkan restoran menerima pelanggan masuk makan, kemudian tidak boleh pula.

“Saya minta maaf kalau ada yang agak keliru. Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang menentukan (SOP) itu. Bukan dibuat sendiri. Ia melalui rundingan. SOP tidak dibuat oleh MKN sewenang-wenang,” katanya dalam program Bicara Khas Cabaran Pand3mik C0VID-19 yang disiarkan RTM dan Bernama TV malam ini.

Muhyiddin berkata, beliau memahami rungutan rakyat yang melihat seolah-olah SOP berubah-ubah, namun ia disebabkan situasi keadaan C0VID-19 itu sendiri yang berubah.

Perdana Menteri menegaskan, pelaksanaan SOP diputuskan dalam mesyuarat yang turut dihadiri Peguam Negara bersama Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub, untuk meneliti SOP berkenaan yang kemudiannya akan diwartakan sebelum dikuatkuasa dan diumumkan supaya semua pihak mengetahuinya.

“Kalau tidak faham juga boleh tanya dan kita sudah minta menteri-menteri untuk beri penjelasan, pegawai-pegawai beri penjelasan. Pemimpin komuniti yang ada program pemerkasaan pun sudah diberi penerangan supaya mereka bantu menjelaskan situasi dan keadaan,” katanya.

Beliau menjelaskan, kerajaan negeri juga tidak mempunyai kuasa untuk meminta mengubah SOP kerana kuasa terletak kepada Kerajaan Persekutuan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Peny4kit Berj4ngkit 1988 (Akta 342) Kementerian Kesihatan atau Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Mengenai ketidakpatuhan SOP, Perdana Menteri berkata, setiap tindakan yang diambil mestilah bersandarkan undang-undang, jika yang berlaku adalah sebaliknya, seseorang yang dikenakan tindakan SOP boleh mencabar tindakan itu.

“Kalau ada orang buat kesalahan, kita (kerajaan) hendak ambil tindakan untuk dia dikenakan hukum4n. Macam kes-kes sekarang. Selebriti ke, siapa ke. Saya tak nak sebut nama, ia mesti bersandar undang-undang.

“Apa kuasa hendak tangk4p atau kenakan k0mp4un RM10,000? Pasal itu, SOP bersandarkan undang-undang dan diwartakan. Kalau tidak diwartakan, tidak sah. Ini cerita yang tidak ramai orang tahu. Sebab itu kalau kerajaan buat keputusan hendak buat SOP, selagi tidak diwartakan ia belum boleh dikuatkuasakan,” katanya.

Tan Keat Hoe bersama keluarga menonton Program Bicara Khas Cabaran Pand3mik C0VID-19 di Georgetown. – NSTP/Mikail Ong

Ditanya mengenai dakw4an individu yang ‘kebal’ dan kewujudan dua darjat dalam penguatkuasaan SOP, Muhyiddin berkata, tidak ada berat sebelah (double standard) dalam dasar kerajaan.

“Kerajaan tidak kira siapa. Menteri ke Perdana Menteri, siapa yang mel4nggar (SOP) dan memang nyata ada bukti-bukti ikut undang-undang, maka mereka tidak akan terlepas daripada dikenakan hukum4n, komp4un, charge (pendakwaan) dan sebagainya,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, dengan jumlah 30 juta penduduk Malaysia, pihak berkuasa juga tidak dapat memantau jumlah yang begitu ramai itu dan ada yang akan dilihat seolah-olah terlepas dari hukum4n.

Oleh itu, Perdana Menteri meminta rakyat supaya mengelak daripada melakukan kesalahan mel4nggari SOP kerana ia dibuat bukan untuk menyekat kebebasan termasuk hak asasi manusia.

Beliau juga meminta rakyat supaya memberi kerjasama dengan mematuhi SOP demi untuk menjamin kesejahteraan semua. –

sumber:  BERNAMA, Astroawani, Utusan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : http://limauasamboi.pw/

Previous article“Per0tnya Muncul Ikut Mo0d Ya..” Kongsi BF Civm Per0t, Sekali Benda Lain Yg Nampak
Next article“Jang4n Lig4t S4ngat,Akak Teng4h Pregn4nt Tu”Pesan Netizen Bvat Liana Rosli

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here