Home Petua Tips “Nur Risteena dengan Isa Khan pun honeymoon kat Tawau rentas negeri” Kecoh...

“Nur Risteena dengan Isa Khan pun honeymoon kat Tawau rentas negeri” Kecoh Netizen Sound Pasangan Ni Rentas Negeri

162
0

KETIKA heboh mengenai Instafamous dan suaminya memberi keterangan plsu berhubung alasan bagi mendapatkan kebenaran merentas negeri, muncul pula kisah bulan madu pasangan pengantin baharu Risteena dan Isa Khan.

Pasangan itu kini dipercayai sedang menikmati bulan madu di Semporna, Sabah berdasarkan foto dan video-video romantis yang dikongsikan di Instagram mereka. Perbuatan mereka itu akhirnya mengundang kritikan warganet di laman sosial.

PETALING JAYA – Percutian bulan madu pasangan pelakon Risteena dan Isa Khan di Semporna, Sabah mencetuskan pelbagai tanda tanya dan kemarahan netizen dalam laman sosial.

Rata-rata netizen mempertikaikan tindakan pasangan romantis itu yang mendapat kebenaran rentas negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan kerajaan.

Tidak terhenti di situ, netizen turut mempersoalkan kegagalan Risteena dan suami mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak memakai pelitup muka.

“Nur Risteena dengan Isa Khan pun honeymoon kat Tawau rentas negeri. “Tak… cerita dia sekarang, aku nak bitter juga, macam mana Risteena dengan Isa Khan boleh lepas pergi Tawau siap ada kapsyen honeymoon! Hello… kita memang dah boleh rentas negeri ke ni? “Risteena honeymoon sampai ke Sabah dengan SOP ke mana… mask ke mana buat story macam tiada apa berlaku.” ujar beberapa netizen.

“Nur Risteena dengan Isa Khan pun honeymoon (bulan madu) di Tawau, rentas negeri.

“Cerita dia sekarang, macam mana Risteena dengan Isa Khan boleh lepas pergi Tawau siap ada kapsyen ‘honeymoon’. Kita dah boleh rentas negeri ke.

“Risteena berbulan madu sampai ke Sabah dengan SOP ke mana. Pelitup muka ke mana, buat InstaStory macam tiada apa-apa berlaku,” tulis netizen.

Sehingga kini, usaha Kosmo! Online untuk mendapatkan penjelasan daripada pasangan selebriti itu masih tidak mendapat respons.

Kosmo! hari ini melaporkan pihak polis telah membuka kertas siasatan terhadap pasangan suami isteri instafamous (pensohor media sosial) yang didapati menyalahgunakan permit rentas negeri untuk tujuan berbulan madu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan secara menyeluruh setelah wujud keraguan berdasarkan keterangan yang diberikan oleh pasangan tersebut kepada pihak polis pada Sabtu lalu.

Terdahulu, Risteena dan Isa selamat dinikahkan 12 Mac lalu pada majlis ringkas di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Sumber : kosmo

Previous articleSusulan Kes Instafamous Rentas Ngri Utk Hneymoon. Polis Siasat Rupanya Keterangan P4lsu.Ini Alasan Pasangan Ni Bagi
Next articleBercinta Sampai 9 Tahun Sekali Teman Lelaki Nikahi Org Lain.Jadi Wanita Ni Naik Pelamin Sorang Sorang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here