KULIM: Anggota keluarga meletakkan harapan tinggi untuk dapat membawa pulang jen4zah Rabitah Hamed, 49, y
ang mavt dalam kemalangan di Griffith, Australia pada Isnin untuk disemadikan di kampung halamannya di Pekan
Ayer Hitam, Jerlun.
Menurut abang ipar Allahyarham, Mukhti Mat Jusoh, 58, kini pihak keluarga sedang berhubung dengan Wisma Putra
dan majikan Allhayarh4m untuk menguruskan perkara itu.
Mukhti berkata, keluarga dimaklumkan oleh Wisma Putra bahawa kos untuk membawa pulang jenazah Allahyarham
Rabitah adalah sebanyak RM50,000.
“Ketika ini kami sedang cari dana tu. Saya dengar anak (Allahyarham) merayu (bantuan), mencari pada adik beradik,
sahabat handai yang ada mana boleh bantu. Carikan RM50,000,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Katanya lagi jenazah Rabitah kini berada di Hospital Newcastle, Australia untuk proses bedah siasat.
Kali terakhir pihak Wisma Putra menghubungi keluarga adalah kira-kira 9 pagi hari ini untuk meminta keizinan untuk
proses bedah siasat dan proses untuk membawa pulang jenazah ke tanah air.
Dalam kejadian semalam Rabitah maut setelah terlibat dalam kemalangan dipercayai cuba mengelak haiwan yang
melintas di Griffith, Australia.
Mangs4 dikatakan mavt di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari kereta dipandunya lalu terjatuh di dalam
tali air berdekatan.
sumber astro awani