Home Petua Tips Radang kulit merebak dari pinggang ke paha, Aril Pilus dimasukkan ke hospital...

Radang kulit merebak dari pinggang ke paha, Aril Pilus dimasukkan ke hospital untuk elak jangkitan –

102
0

PENYANYI dan pengacara, Aril Pilus dimasukkan ke sebuah pusat perubatan selepas mengalami penyakit radang kulit yang serius.

Menurut Aril atau nama sebenarnya, Khairil Azam Pilus, dia terpaksa mendapatkan rawatan di hospital berikutan penyakit itu mudah berjangkit kepada orang lain.

“Malam tadi (malam Rabu) saya terpaksa diasingkan dalam hospital akibat mengalami masalah radang pada kulit yang agak serius.

“Radang ini boleh mengakibatkan jangkitan pada orang lain. Jadi terpaksa la duduk wad dalam lima hingga tujuh hari,” katanya.

Kata Aril, masalah radang kulit itu tumbuh di bahagian pinggang dan kini sudah merebak ke paha kanannya.

Perkongsian Aril di Instagramnya.

“Kawasan radang ni di bahagian belakang pinggang hingga ke paha kanan dan bahagian bawah perut dan di depan paha kanan bahagian atas.

“Senang cerita, (bahagian) pinggang, perut dan punggung la… susah sikit saya nak kongsi gambarnya takut kemontokann dan kemonggelan itu terserlah,” jelasnya.

Selebriti berusia 36 tahun ini juga mengingatkan pengikutnya agar mengambil pelan insurans yang memang sangat membantu sekiranya berhadapan masalah kesihatan seperti yang dialaminya.

“Penting ya sahabat-sahabatku tentang medical card dan insurans ini. Alhamdulillah dapatlah mengurangkan sikit beban perbelanjaan.

“Wajib ada ya insurans individu, sangat-sangat penting.

“InsyaAllah doakan saya semoga cepat sembuh dan semoga dapatlah saya sambut Hari Raya Aidilfitri bersama dengan keluarga tercinta,” katanya.

Sekadar info, Aril dicungkil bakatnya selepas menyertai program realiti nyanyian, Akademi Fantasia musim ketujuh yang bersiaran pada tahun 2009.

Dia kini aktif dalam bidang pengacaraan dan mengendalikan program hiburan CCTV di Astro.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://www.mstar.com.my/

Previous articleRidhuan Tee persoal status kumpul pahala Siti Nurhaliza, minta henti guna nama ‘ustaz’ tutup kesalahan – “Dugaan dicipta sendiri, berbeza dengan dugaan sebenar”
Next articleIsteri Lan Solo Sempat Bawa Anak Blonde Rambut Sebelum PKP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here