Home Petua Tips 11 Inisiatif Kerajaan Bagi Membantu Rakyat Dalam Situasi P4ndemik C0v 19

11 Inisiatif Kerajaan Bagi Membantu Rakyat Dalam Situasi P4ndemik C0v 19

311
0

Dalam situasi yang melanda dunia sekarang, negara kita tidak terkecuali daripada turut merasai ‘kesengs4raan’ akibat w4bak C0V-19. Disebabkan penvlaran yang semakin meningkat, maka Perdana Menteri Malaysia sudah pun mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

 

Ramai yang gusar kerana ada individu yang terpaksa berhenti kerja dan dip0tong gaji akibat situasi ini. Walau bagaimanapun, kerajaan telah pun mewujudkan beberapa inisiatif yang dilihat boleh membantu rakyat Malaysia.

1 Diskaun bil elektrik 6 bulan bermula 1 April
Kerajaan akan menanggung kos pemberian diskaun bil elektrik berjumlah RM662 juta.

2 Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama 3 bulan
Penangguhan membantu seramai hampir 1.5 juta peminjam membabitkan jumlah kutipan RM375 juta.

3 Penangguhan bayaran pinjaman MARA
MARA tangguh bayaran balik pinjaman pelajaran dan perniagaan selama 3 bulan

Diskaun khas sewaan premis perniagaan MARA sebanyak 30% diberikan kepada usahawan di semua premis MARA

4.Bayaran bantuan JKM kepada 500,000 penerima bermula Rabu ini
Bantuan dengan kos RM150 juta itu sepatutnya diberikan April ini, namun dipercepatkan 15 hari lebih awal.

5 Bantuan RM600 cuma untuk pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji
Pekerja berpendapatan RM4,000 atau kurang sebulan, yang mengambil cuti tanpa gaji layak mendapat bantuan kewangan RM600 setiap bulan untuk maksimum selama 6 bulan.

6 Pengecualian yuran Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan dari Mac hingga Jun
Kemudahan membabitkan 37,855 murid dan 972 kanak-kanak.

7 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Percuma sebulan sewa premis perniagaan DBKL , Bayaran penuh kepada 500 pekerja harian DBKL.

8 Elaun khas kepada petugas perubatan
RM400 sebulan diberikan kepada doktor dan petugas perubatan

9 LHDN benarkan tangguh bayaran cukai
Penanggujan bagi membayar cukai di bawah sektor pelancongan seperti agensi pelancongan, pengusaha hotel dan syarikat penerbangan.

10 Penangguhan pembayaran pinjaman
CIMB, Affin Bank, Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat, Bank Muamalat, BSN, Agrobank beri penangguhan pembayaran pinjaman dengan moratorium sehingga 6 bulan.

11 Kemudahan pengeluaran I-Lestari Pencarum KWSP
Semua ahli KWSP yang berumur bawah 55 tahun boleh membuat pengeluaran wang simpanan dalam akaun 2 sebanyak RM500 sebulan bermula 1 April nanti untuk tempoh 12 bulan.

Tambahan lagi, Pakej Rangsangan Ekonomi dan Bantuan Rakyat yang lebih komprehensif akan diumumkan pada 30 Mac 2020 untuk jangka masa sederhana.

Diharap inisiatif yang dilakukan oleh kerajaan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat.

Gunakan setiap imbuhan yang diberi dengan cermat dan elakkan berlakunya pembaziran. Sama-samalah kita berdoa agar situasi di Malaysia kembali pulih seperti dahulu.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : remaja.my

Previous articleTak Perlu Datang Kaunter, Ada 3 Cara Mohon Pengeluaran i-Lestari KWSP,Mari Ikut
Next articlePetugas Op C0V-19 Yang Pertama pitam, meningg4l dunia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here