Home Petua Tips ‘Rakyat ingat Rakyat tahu’ .DS Najib Lawat Chini Dan Ada Sesuatu Yang...

‘Rakyat ingat Rakyat tahu’ .DS Najib Lawat Chini Dan Ada Sesuatu Yang Najib Luahkan

236
0

Datuk Seri Najib baru saja melawat penduduk Chini dan salah satu tempat lawatannya ialah kolam takungan air
iaitu salah satu sumber penting bekalan air kepada penduduk Chini.

Di halaman fb nya DSNR memberi komen berikut,

Ada cerita kenapa saya lawat projek ini.

Saya tahu penduduk Chini menghadapi masalah bekalan air.

Masa saya PM, saya luluskan peruntukan untuk bina kolam takungan baru.

Tapi PH pulak hentikannya sebab politik.

Sama macam projek BN lain yang kita buat untuk rakyat.

Pembangunan dihentikan, projek batal, peruntukan dikurangkan.

Selepas timbul isu, terhegeh-hegeh mereka salurkan peruntukan.

Rakyat ingat. Rakyat tahu.

Apa yang kita ada sekarang hanyalah untuk jangka masa pendek dalam menangani masalah bekalan air.

Kerajaan perlu merancang dan laksanakan pelan jangka panjang juga.

Insya-Allah selagi saya ada, saya akan bantu perjuangkan untuk rakyat.

Sekadar renungan ,

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.23 Chini, Pahang adalah pada 4 Julai 2020
setelah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN),Datuk Seri Abu Bakar Harun telah meninggal dunia pada 7 Mei yang lalu.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 20 Jun, manakala tarikh mengundi awal pada 30 Jun.

SPR juga memastikan proses PRK DUN Chini selari dengan arahan kerajaan bagi kawalan pencegahan Covid-19, katanya.
Surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Chini diserahkan kepada SPR, 8 Mei lalu.

Allahyarham menjadi ADUN Chini dalam Parlimen Pekan selama empat penggal berturut sejak Pilihanraya Umum-11 (PRU11).

Pada PRU-14 lalu, Allahyarham selaku calon Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi disandangnya dengan undi sebanyak 10,027.

Pada pertembungan itu, Allahyarham menewaskan calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405) dan calon PKR, Mohamad Razali Ithnin (1,065).

Allahyarham juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang di bawah kepimpinan Dato’ Sri Diraja Haji Adnan Haji Yaakob ketika itu.

Sumber : fb Najib,hmetro

Previous article3 Pelajar Rakam Video Buang Duit S$50 Dalam Mangkuk Tandas, Anggap Duit Itu Seperti Tisu Tandas
Next articleIsteri Saharul Ridzwan Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here