Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengadakan sesi Pra-Kabinet bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menerusi sidang video di Istana Negara.
Paling menarik perhatian rakyat apabila Seri Paduka dan Perdana Menteri saling bertanya khabar antara satu sama lain, selain penuh teliti ketika perbincangan itu.
Posting yang dimuat naik di laman Instagram Istana Negara itu mengundang perhatian warganet bagi memberikan pelbagai reaksi.
Rata-rata netizen tersentuh hati mendengar perbualan Seri Paduka dan Perdana Menteri yang prihatin terhadap kesejahteraan rakyat serta pentadbiran negara.
Segelintir individu turut mendoakan agar insan-insan yang disayangi rakyat ini sentiasa dilindungi olehNya agar terus memerintah Malaysia dengan sejahtera.
Comel lah YDPA & PM
Rasa sebak bila tengok
Senang hati tengok Tuanku & PM macam ni
Allah kurniakan pemimpin2 yang hebat
Inilah yang rakyat inginkan
Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka untuk berbincang dan bertukar
pendapat bersama Perdana Menteri.
Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.
Kredit : ohmymedia
Sumber : Istana negara Bernama