Home Petua Tips Ramai rupanya manusia suka kawan dengan haiwan! Penternak terharu ‘kambing selebriti’ mampu...

Ramai rupanya manusia suka kawan dengan haiwan! Penternak terharu ‘kambing selebriti’ mampu hibur golongan kemurungan

142
0

KAMARUDDIN, Ecah, Sumayah, Suzana, Fakrul dan Soeb.

Jika didengar sepintas lalu, pasti ramai yang menyangka kesemua nama tersebut adalah nama manusia, namun rupa-rupanya tidak.

Sebenarnya nama-nama tersebut diberikan kepada kambing yang dipelihara oleh Azroy Manaf.

Bagi yang mengikut media sosial yang dicipta khas oleh Azroy iaitu @kambingyanganeh, pasti mereka sudah tidak asing lagi dengan nama-nama tersebut.

Malah gelagat lucu kambing-kambing milik Azroy, termasuk perbualan spontan dan rutin hariannya di kandang yang dimuat naik di media sosial, benar-benar menggeletek hati warganet.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Berkongsi cerita dengan mStar, Azroy berkata, dia mula mencipta akaun TikTok @kambingyanganeh sekitar November tahun lalu memandangkan negara masih lagi berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Waktu PKP kita tak boleh buat banyak perkara, jadi saya buatlah akaun TikTok. Pada mulanya hanya ada dua pengikut saja, iaitu akaun saya sendiri dan akaun ‘back-up’.

“Maklumlah siapa nak tengok konten kambing kan? Memang video-video yang saya post tak hit. Dua minggu kemudian, entah macam mana, video celoteh saya dengan seekor kambing bernama Kamaruddin tiba-tiba meletup.

kambing 3

Kambing biri-biri antara baka yang diternak untuk dijual.

“Daripada video Kamaruddin, kemudian video-video yang lain pun terjangkit meletup. Alhamdulillah sambutannya jadi fenomena.

“Sebenarnya ada lebih 30 ekor kambing yang ada nama dan nama mereka dah diberi sebelum wujudnya akaun TikTok lagi. Mereka ni umpama selebriti dalam media sosial saya sebab dikenali followers,” ujar lelaki berusia 38 tahun ini.

Mempunyai lebih 13,000 pengikut di Instagram dan lebih 440,000 pengikut di TikTok, Azroy berkata apa yang dipaparkan adalah gelagat spontan rutin hariannya di kandang.

“Apa yang dipaparkan di video iaitu celoteh marah-marah, borak-borak dengan kambing… memang itulah rutin harian saya di kandang. Ia bukan konten yang dibuat-buat.

“Sebenarnya saya akan buat live tiga sesi setiap hari iaitu pada pukul 7 pagi, 12 tengah hari dan 5 petang. Apa yang followers nak tengok, mereka tulis di ruangan komen dan saya cuba tunaikan.

kambing 1

Antara pengunjung yang ‘beramah mesra’ dengan kambing-kambing peliharaan Azroy.

“Dan paparan video pendek di media sosial adalah cebisan dari sesi live yang kemudian disunting.

“Followers saya pun dah hafal nama-nama kambing. Sebab tu saya kata mereka ni macam selebriti. Ada kalanya saya beri peluang kepada followers untuk menamakan anak-anak kambing yang baru lahir,” ujarnya lagi.

Bukan sekadar penghibur, Azroy berkata dia juga tidak menyangka videonya turut memberi impak besar kepada individu tertentu.

“Banyak yang saya dapat di DM mengatakan video-video kambing ni membuatkan masalah kemurungan mereka berkurang. Mereka berterima kasih kepada saya kerana hasilkan video ini.

Sebenarnya ada lebih 30 ekor kambing yang ada nama dan nama mereka dah diberi sebelum wujudnya akaun TikTok lagi.

AZROY MANAF

“Rasa macam ia sudah jadi seperti satu tanggungjawab untuk saya cuba sumbang sesuatu kepada golongan-golongan seperti ini,” ujarnya lagi.

Bercerita kisahnya berkecimpung dalam bidang agropreneur, Azroy berkata segala-galanya bermula dengan hobi sebelum ia beralih kepada kerjaya.

“Sebelum bergelar penternak kambing sepenuh masa, saya adalah seorang penasihat jualan di Proton dan Honda selama 14 tahun.

“Mula-mula saya suka-suka bela dua ekor kambing. Kemudian ia membiak dan makin bertambah. Kebetulan waktu saya nak berhenti kerja, keadaan ekonomi dunia permotoran kurang bagus jadi saya buat keputusan untuk fokus kepada agroprenuer.

“Bidang penternakan ni satu bidang yang dicari-cari sebab tak ramai yang supply. Kambing yang saya bela untuk dijual adalah baka Boer dan biri-biri.

“Manakala kambing selebriti pula breed dari luar negara dan bercampur. Yang ini, saya tidak jual… saya jadikan ia haiwan peliharaan sendiri,” ujarnya yang memiliki kandang di Kampung Sungai Salak Tambahan, Batu 9, Gombak.

kambing 2

Kandang kambing Azroy terletak di Kampung Sungai Salak Tambahan, Batu 9, Gombak.

Mengusahakan sendiri bisnes tersebut, Azroy kini memiliki lebih daripada 200 ekor kambing.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada followers yang support saya dan @kambingyanganeh di segenap media sosial. Terima kasih kerana sejak adanya followers, ia mengembangkan lagi perniagaan saya.

“Dalam masa yang sama, ia beri pendedahan yang lebih luas kepada orang lain bahawa penternakan kambing ni bukan sahaja dibuat oleh orang tua tetapi orang muda, namun tak ramai.

“Saya berhasrat agar lebih ramai penternak muda yang muncul, bukan jadikan ia sebagai hobi tapi boleh menjadi satu perniagaan,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : mstar

Previous article“Belajar Tamil Katne Tu..”- Netizen Tergamam Shila Amzah Boleh Nyanyi 9 Bahasa, Kait Sharnaaz Ahmad Ajarkan 1 Bahasa
Next articleKurusnya Sherry Alhadad, Dah Macam Janna Nick! – “Ni Mesti Nak Kahwin Kan?”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here