Rasanya kebanyakan orang sukar untuk menerima jika pasangan mereka berkahwin lain. Kadang-kadang, walaupun bergurau, isu hendak berkahwin lain ini boleh bikin gaduh sampai tarik muka merajuk.
Bercakap pasal isu kahwin lain, min nak kongsikan satu video yang kini tular di TikTok negara jiran, Indonesia yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan menangis dan meminta ibunya membuang ayahnya ke tong sampah. Extremenya! Kenapa tiba2 ekkk???
Menerusi satu video yang sudah meraih lebih 13 juta tontonan di laman sosial TikTok (setakat artikel ini ditulis), seorang kanak-kanak perempuan dilihat berbaring di atas katil sambil mengadu kepada ibunya tentang bagaimana di tempat kerja bapanya ada staf wanita cantik.
Menurut video yang dikongsikan di akaun @anakmamipintar, kanak-kanak yang dikenali sebagai Dini itu menyuruh ibunya membuang bapanya ke tempat sampah. Semuanya gara-gara tidak mahu bapanya berkahwin lain jika tiba-tiba dia tersuka dengan mana-mana rakan sekerja wanita di pejabat.
Video
Video luahan hati kanak-kanak cilik ini mendapat perhatian pengguna media sosial bukan saja dari Indonesia malah juga dari Malaysia. Kebanyakannya terhibur dan tak kurang juga ada yang tertanya-tanya adakah Dini terpengaruh dengan drama televisyen sehingga boleh overthinking seperti itu.
Ada juga yang berkongsikan kerenah anak mereka sendiri yang pernah menyuarakan perkara sama seperti Dini.
Komen Netizen:
Sumber : TikTok @anakmamipintar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://lobakmerah.com/