Home Petua Tips Rider sanggup menabung mahu isteri bersalin di hospital swasta, beri layanan bak...

Rider sanggup menabung mahu isteri bersalin di hospital swasta, beri layanan bak puteri raja sepanjang tempoh hamil

92
0

ACAP kali warganet dihidangkan dengan isu rumahtangga yang tiada kesudahan seperti suami cur4ng dan tidak bertanggungjawab, tidak terkecuali isteri mempunyai sk4ndal.

Malah, perkongsian seumpama itu mendorong anak muda masa kini lebih memilih kerjaya berbanding mempunyai keluarga.

Menyedari perkongsian kisah negatif berkenaan sering dipaparkan di media sosial, seorang pelayar tampil berkongsi kisah menarik tentang perkahwinannya.

Bercerita kepada mStar, Sabrina Shaharuddin memberitahu, dia bukan sahaja bertuah kerana dikurniakan Muhammad Akmal Noor Azizan sebagai suami malah kehidupannya sebagai isteri umpama seorang puteri raja sejak ijab kabul pada 20 Ogos 2021.

Manakan tidak, suaminya yang baru berusia 23 tahun sentiasa memberi layanan istimewa dan memanjakan dirinya, terutama ketika hamil anak pertama.

Mereka sentiasa menghabiskan waktu bersama.

“Layanan dia sejak saya hamil lebih manja, sebelum ni pun dah manja tapi sekarang dia beri perhatian lebih kepada saya dan sentiasa pastikan saya tidur dengan selesa.

“Setiap malam dia akan buatkan susu serta ingatkan tentang ubat yang perlu diambil. Dia sangat baik, sentiasa utamakan saya dan keluarga… itu yang buatkan saya sangat hormat pada dia.

“Lebih menggembirakan adalah, dia buat simpanan untuk saya bersalin di hospital swasta yang memang diketahui kosnya tinggi. Dia cakap jangan risau sebab semua dia uruskan, tapi saya pun ada simpanan saya juga.

“Masa suami cakap dia mahu saya bersalin di hospital swasta, saya rasa sangat terkejut sebab tak sanggup nak habiskan duit untuk bayar kos bersalin tu,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Mereka sentiasa menghabiskan waktu bersama.

Dia yang juga guru tadika kerajaan memberitahu, suaminya sebenarnya pernah menyatakan hasrat untuk saya bersalin di hospital swasta sebelum mereka berkahwin.

Bagaimanapun katanya, pada masa itu, dia tidak memandangnya sebagai perkara serius kerana dirinya adalah kakitangan kerajaan dan semestinya boleh membuat pilihan bilik di hospital awam.

“Sebelum kahwin pun dia ada cita-cita nak saya beranak dekat swasta, tapi saya macam tak kisah sebab saya kerja kerajaan… boleh pilih bilik kalau di hospital kerajaan.

“Tapi sekarang tak tahu macam mana tentang hospital kerajaan sama ada boleh pilih bilik atau tidak. Sebab tu dia kata tak payah pening-pening dan pergi hospital swasta.

“Suami memang mempunyai simpanan sendiri kerana dia bekerja sebagai penghantar barang syarikat kurier.

Suami Sabrina menyediakan tabungan khas untuknya bersalin di hospital swasta.

Suami Sabrina menyediakan tabungan khas untuknya bersalin di hospital swasta.

“Saya tak pasti bila dia mula menabung, yang pasti duit untuk saya bersalin dia letak akaun asing dan sekarang dah terkumpul sebanyak RM12,000. Sekarang saya dah hamil 12 minggu (5 bulan).

“Pemeriksaan kandungan saya masih buat kat klinik kerajaan sebab doktor cakap anak sulung kena banyak rujuk klinik kerajaan,” ujarnya yang sebak dan terharu dengan tindakan suami tercinta.

Katanya lagi, banyak kenangan manis tercipta antara dia dan suami dan yang paling tidak dapat dilupakan adalah suami selalu memberi kejutan dan sentiasa membawanya berjalan-jalan setiap hari cuti.

Mengimbau detik perkenalan, ujar anak kelahiran Permatang Pauh Pulau Pinang itu, perkahwinannya dengan suami yang juga berasal dari negeri sama berlangsung tanpa diduga dan dirancang seperti pasangan bercinta yang lain.

Mesej pertama yang diterima Sabrina daripada suaminya.

Mesej pertama yang diterima Sabrina daripada suaminya.

Ujarnya, perkenalan mereka hanyalah menerusi Instagram (IG) yang mana suaminya itu adalah follower tetapnya selain sentiasa mengikuti video terbaharunya di TikTok.

“Saya mula kenal dia pada tahun 2019 masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) 1.0 dari IG. Pada masa tu, saya ada buat kerja amal di rumah orang tua-tua di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 12 Disember 2019.

“Kemudian dia ada komen pada satu insta story yang saya buat di rumah orang tua-tua tu. Katanya ‘it so cute, but hmm‘ dan daripada situ permulaan hubungan kami.

“Saya dan suami sering berhubung melalui mesej IG sehinggalah Mac 2020 kami bertukar nombor telefon dan berhubung menerusi WhatsApp.

Kami dalam situasi yang sama dan pasangan kami sama-sama cur4ng kat belakang. Situasi ni menyebabkan saya dan suami sampai ke tahap sekarang iaitu berkahwin.

SABRINA SHAHARUDDIN

“Tapi kebanyakan mesej kami adalah bertanyakan apa yang dilakukan masa itu. Dia juga sering buat panggilan video di IG,” ujarnya yang turut membuat video tentang perkenalan mereka berdua.

Tambah anak bongsu daripada tiga beradik itu lagi, perkenalan tersebut berlaku ketika dia baru sahaja berpisah dengan teman lelaki.

“Masa saya kenal dia, saya baru putus dengan teman lelaki yang saya dah bercinta hampir lima tahun. Dia pun sama, baru lepas putus dengan teman wanita yang dia dah kenal kira-kira empat tahun.

“Jadi kami dalam situasi yang sama dan pasangan kami sama-sama curang kat belakang. Situasi ni menyebabkan saya dan suami sampai ke tahap sekarang iaitu berkahwin,” ujarnya.

Mesej yang diterima mengejutkan Sabrina

Mesej ringkas yang diterima mengejutkan Sabrina.

Kata Sabrina, keputusan untuk berkahwin diputuskan selepas suaminya melamar menerusi WhatsApp pada 27 Oktober 2020.

“Dia hantar mesej ringkas ‘jom kahwin sayang’. Mungkin masa tu dia dah bosan jadi terus ajak saya kahwin, saya cakap kena ikut adat sebab saya nak tunang dulu.

“Sepanjang perhubungan, kami tak pernah isytihar sebagai ‘couple‘ dan panggilan mesra tu secara spontan. Masa tu, saya ada tanya sama ada dia dah ada duit ke belum dan dia cakap duit dah cukup.

Keluarga berkumpul semasa hari pernikahan Sabrina dan suaminya.

Keluarga berkumpul semasa hari pernikahan Sabrina dan suaminya.

“Lepas daripada tu, saya minta dia datang jumpa ibu saya. Dia hubungi ibu dulu dan mohon izin, ibu pun suruh datang rumah untuk berbincang… mereka tetapkan tarikh tanpa maklumkan pada saya,” katanya sambil menambah suaminya datang sendiri pada 20 November 2020 dan lapan hari kemudian dia hadir bersama keluarga untuk merisik.

Mengakhiri cerita, ujarnya, pada masa itu, kedua-dua belah keluarga agak terkejut kerana perkenalan mereka hanya dalam tempoh yang singkat, namun mereka tidak membantah sebaliknya meneruskan perancangan untuk perkahwinan.

Kisah menariknya menyebabkan video suaminya menabung untuk menyambut cahaya mata pertama tular di TikTok dan mendapat hampir 70,000 tanda suka selain ditonton lebih 511,000 pelayar media sosial, namun ada netizen menyatakan ia satu pembaziran.

Bagaimanapun, kata-kata itu ditentang netizen yang lain dan kebanyakannya memuji tindakan suami Sabrina serta menyatakan dia bertuah kerana mempunyai lelaki seperti itu.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : mStar

Previous article“Sebelum Doktor Pot0ng Tu, Dia Bivs Dulu,” – Baru Usia Sebulan, ‘Baby Boy’ Tasha Manshahar Selamat Berkhatan
Next articleKisah Kebaikan Tangmo Nida Semasa Hidup Menjadi Tumpuan, “Attitude Dia Bagus”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here