Setelah tindakan pantas polis Temerloh yang menyelamatkan seorang pelancong asing dari Moscow, Russia pada Rabu lalu menerima surat penghargaan Kedutaan Rusia semalam.
Mendapat penghargaan dari kedutaan Rvsia
Menerusi penghargaan itu, kedutaan merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak polis kerana membantu jurutera Maxim Lapin yang terkandas ketika negara menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kedutaan Rusia merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan menyampaikan ‘Surat Penghargaan’ kepada seluruh warga IPD…
Posted by POLIS Temerloh on Friday, April 17, 2020
Malah kedutaan itu juga memuji kemahiran dan pengetahuan anggota yang terlibat dalam kejadian berkenaan selain memahami kesukaran dihadapi pihak polis menjaga orang awam sepanjang PKP.
Di Pejabat Polis Daerah Temerloh
Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mohd Yusri Bin Othman turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang menyalurkan maklumat srta turut membantu dalam usaha ini.
Ucapan terima kasih
Terdahulu, gambar lelaki berusia 42 tahun itu tular di media sosial kelihatan memegang kadbod yang bertulis “I can’t go home and have no money. I need a food” di luar sebuah restoran makanan segera.
Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.
kredit ohmymedia
Sumber polis temerloh