Home Petua Tips S.Pavithra Mahu Jemput PM Ke Rumah,Hasrat Masak Nasi Briyani Kambing & Ayam...

S.Pavithra Mahu Jemput PM Ke Rumah,Hasrat Masak Nasi Briyani Kambing & Ayam Masak Merah

297
0

“Perkara pertama yang ingin dilakukan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tamat adalah menjemput Perdana Menteri ke rumah untuk merasai masakan kami,” kata S Pavithra, 28.

Pavithra berkata, dia dan suami M Sugu, 29 akan mencari jalan untuk menghantar jemputan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan berharap impian mereka menjadi kenyataan.

“Saya tahu agak mustah1l Perdana Menteri akan datang kerana saya hanya orang biasa, tetapi saya berhasrat memasak Nasi Briyani Kambing dan Ayam Masak Merah untuk beliau.

“Isnin lalu, saya sudah menerima hadiah daripada beliau, hanya ini saya boleh lakukan (menjemput Perdana Menteri ke rumah) dan saya harap kami dapat bertemu satu hari nanti apabila Malaysia b3bas dari C0vid-19,” katanya ketika ditemui di rumahnya di kuarters ladang swasta di Sungai Siput.

Nama pasangan YouTuber suami isteri yang menggunakan nama ‘Sugu Pavithra’ itu mula mendapat perhatian selepas memuat naik video memasak pelbagai menu dalam bahasa Melayu.

Video itu berjaya menambat hati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat umur dan kaum.

Malah, ia turut menarik perhatian Perdana Menteri yang menghadiahkan tripod, ketuhar gelombang mikro, periuk nasi elektrik serta barangan memasak kepada mereka.

Ibu kepada dua anak ini berkata, dia mula terbabit sebagai Youtuber pada 28 Januari lalu, sejak itu dia memuat naik demonstrasi masakan dan sehingga kini sudah mempunyai 473,000 peminat.

“Saya hanya ingin membantu suami yang hanya bekerja di ladang, dia memperoleh pendapatan RM1,000 sebulan, jika ditolak komitmen bulanan kami hanya mempunyai kurang RM800 untuk perbelanjaan, sebab itu saya nekad membantunya.

“Apa yang kami peroleh sekarang lebih dari cukup, buat pertama kali saya terima bayaran sebanyak AS$2,000 (RM8,700) bulan lalu, saya tak pernah sangka dapat sebanyak itu,” katanya.

Menurutnya, banyak cara untuk membaiki taraf kehidupan dan ia bergantung kepada keinginan dan kerja keras.

Untuk Aidilfitri ini, Pavithra yang amat fasih berbahasa Melayu berkata, dia merancang untuk memasak dan mengagihkannya kepada komuniti di kuarters ladang berkenaan.

“Perdana Menteri juga mengingatkan saya supaya memasak dan berkongsi dengan jiran. Saya akan menggunakan semua bahan yang diberikan beliau untuk memasak hidangan ringkas dan menyumbang kembali kepada jiran ketika Aidilfitri.

Pavithra berkata, dia juga akan belajar membuat kek, pastri serta pencuci mulut menggunakan ketuhar gelombang mikro yang dihadiahkan Muhyiddin.

“Saya biasanya memasak makanan tradisional, tetapi kali ini saya cabar diri untuk belajar masakan baru, saya pernah membuat kek sebelum ini tetapi tidak menjadi menyebabkan saya putus asa,” katanya.

Terdahulu,Pavithra telah menerima hadiah daripada Perdana Menteri

IPOH – “Sangat gembira kerana kami tidak menyangka dapat hadiah daripada pemimpin negara,” kata pasangan suami isteri yang menjadi viral di media sosial dengan video masakan mereka menerusi YouTube.

S Pavithra, 28, ketika dihubungi berkata, dia bersama suaminya M Sugu, 29, dikejutkan dengan bungkusan hadiah istimewa daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang diterima baru-baru ini.

“Tiba-tiba (hadiah) datang, saya pada mulanya tidak percaya, pada kad pula tiada tandatangan jadi saya fikir mungkin bukan dari PM dan dihantar orang lain.

“Kalau boleh hendak berjumpa dengan PM untuk mengucapkan terima kasih secara berdepan tetapi sebab PKP mungkin tidak boleh,” katanya.

Menurutnya, dia masih belum menggunakan barang masakan yang dihadiahkan oleh Perdana Menteri itu.

“Barang masakan masih disimpan dan belum digunakan lagi, PM juga ada berkata (pesan) kalau boleh masak dan bagi jiran merasa,” katanya.

Berkenaan video masakannya pula, Pavithra berkata, dia tidak menyangka penduduk Jepun dan United Kingdom (UK) juga turut menonton video masakannya itu.

Pavithra dan Sugu yang berjinak-jinak sebagai YouTuber menggunakan nama saluran ‘Sugu Pavithra’ sejak Januari lalu, sudah mempunyai lebih 400,000 pengikut itu sekali gus menjadikan mereka sebagai Rakan YouTube.

Sumber : Harian Metro

Previous articleSelepas R0hingya Kini 50 bot nelayan Vietnam Pula cer0boh perairan Malaysia
Next articleHilang jawatan MB, Mukhriz salahkan Najib Gara Gara Ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here