PEMERGIAN orang tersayang pastinya bukan mudah untuk dihadapi dan hanya gambar dijadikan sebagai pengubat ker1nduan yang tidak terungkap.
Hati seorang isteri yang terdetik untuk mengabadikan kenangan bersama arw4h suami menerusi foto-foto sebagai kenangan menjadi realiti.
Wanita itu menjadi perhatian apabila gambar-gambarnya bersama suami disunting dengan baik dan kemas dengan kerjasama netizen di grup Facebook Edit Apa Hari Ni (EAHN).
Allahyarham Muhammad Hasnol Firdaus Md Amran.
Noor Shahida Daud berkata, suaminya, Allahyarham Muhammad Hasnol Firdaus Md Amran men1ngg4l dvnia pada usia 32 tahun ak1bat kemal4ngan jalan raya pada 25 April 2019.
Isteri berusia 33 tahun itu memberitahu, ketika itu dia sedang berp4ntang selepas melahirkan anak keempat yang baru berusia 25 hari.
“Saya mula join grup FB EAHN pada 14 Oktober lalu sebab tengok banyak viral gambar-gambar lucu yang diedit oleh ahli grup.
“Terdetik di hati kenapa tidak saya cuba minta tolong ‘editor-editor’ edit gambar suami bersama anak bongsu yang kini berusia dua tahun tujuh bulan?” katanya kepada mStar.
Video:
View this post on Instagram
Lebih mesra disapa Sheeda, dia sememangnya teringin untuk melihat gambar arw4h suaminya bersama anak bongsu dan mengabadikan foto bertiga bersama.
“Kami tak sempat cipta banyak kenangan dengan anak bongsu sebab terlalu cepat arw4h pergi. Bermula daripada posting pertama, saya tak sangka dapat respons yang sangat baik.
“Mereka sangat menyokong. Ramai yang tolong editkan gambar. Ramai juga yang turut mendoakan saya agar sentiasa diberi kekuatan,” katanya yang berasal dari Kuantan, Pahang.
Gambar edit arw4h suami (tengah) mendukung anak bongsu (kanan).
Menurut ibu kepada empat cahaya mata itu, kerjasama orang ramai membuatkan dirinya berasa amat terh4ru, lebih-lebih lagi hasil suntingan gambar mereka sangat cantik.
“Saya macam tak percaya boleh dapat hasil editing gambar-gambar yang sangat cantik, awesome dan nampak real. Luar daripada jangkaan.
“Saya bersyukur dan bahagia sangat dapat simpan banyak kenangan gambar dengan suami walaupun ia hanyalah sekadar gambar suntingan,” katanya yang berkhidmat sebagai guru.
Gambar arw4h suami duduk bersebelahan Sheeda di meja guru.
Sheeda sebenarnya tidak menyangka memperoleh lebih 700 foto yang disunting, di mana tiga gambar daripadanya begitu menyentuh h4tinya.
“Pertama, gambar arw4h dukung anak bongsu. Selama ni tak ada gambar suami dukung anak bongsu, yang ada hanya selfie suami dan anak bongsu berusia beberapa hari sambil baring.
“Gambar kedua arw4h bersama saya dan anak-anak di depan rumah impian yang kami beli di Kuantan pada 2019. Tahun lepas diubah suai dan siap tahun ini, tapi dia tak sempat tengok.
Walau sesibuk mana pun suami dengan kerjaya, sentiasa luangkan masa untuk keluarga tercinta. Dia romantik dengan caranya tersendiri.
NOOR SHAHIDA DAUD
“Ingat lagi suami kata, ‘Sayang, nanti kita renovate rumah ni kaw-kaw. Kita tinggal sini sama-sama’. Rumah tu kini disewakan dan insyaAllah saya dan anak-anak akan tinggal di sana apabila anak bongsu berusia lima tahun.
“Foto ketiga saya dan suami berdua di meja guru. Suami pakai uniform polis dan saya pakai baju harian sebagai guru. Bila tengok gambar tu rasa semangat nak kerja,” katanya sambil menambah arw4h suaminya merupakan anggota polis.
Antara gambar yang diedit oleh orang ramai untuk dijadikan kenangan Sheeda.
Sehubungan itu, Sheeda amat berterima kasih dan menghargai usaha netizen terutama ahli grup EAHN yang melakukannya secara sukarela tanpa sebarang bayaran.
Mendirikan rumah tangga pada 21 Disember 2013 dengan usia perkahwinan lebih lima tahun, Sheeda menyifatkan arw4h sebagai seorang suami dan ayah yang penyayang.
Sheeda (tengah) kini membesarkan anak-anaknya.
“Walau sesibuk mana pun suami dengan kerjaya, sentiasa luangkan masa untuk keluarga tercinta. Arw4h juga menghargai isteri. Tak pernah berk4sar, tak pernah tinggikan suara.
“Arw4h selalu bantu ringankan beb4n rutin harian saya dan tak pernah berkira. Suami menghargai saya tanpa mengira hari apapun. Dia romantik dengan caranya tersendiri,” katanya.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber: Mstar