Home Petua Tips Dikatakan Punca Kemerosotan Pretasi Safawi Rasid Akhirnya Shifa Melvin Buka Mulut

Dikatakan Punca Kemerosotan Pretasi Safawi Rasid Akhirnya Shifa Melvin Buka Mulut

321
0

“SAYA tidak pernah mengongkongnya. Selama ini saya menjaganya dengan baik kerana tidak mahu kerjayanya terjejas,” kata pelakon Syifa Melvin, 26, mengenai dakwaan dia dikatakan menjadi punca kepada kemer0sotan prestasi bintang bola sepak negara dan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang juga kekasihnya, Safawi Rasid, 23.

Syifa ketika dihubungi Harian Metro berkata, selama ini dia menjaga Safawi dengan baik kerana tidak mahu kerjaya pemain berstatus bintang itu terjejas seperti dulu apabila sering dikaitkan dengan isu skandal bersama selebriti.

Menurut Syifa atau sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, sekiranya dia memberi tekanan kepada Safawi sudah pasti pemain itu ‘angkat kaki’ dan memilih untuk tidak bersamanya.

“Kalau dia rasa saya mengawal hidupnya, pasti sudah lama dia angkat kaki. Tapi, kenapa dia masih mempertahankan hubungan ini? Dia sudah dewasa dan matang untuk membezakan hubungan yang baik dan bvruk,” katanya.

Semalam, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi hantaran di Instagram mendakwa kemer0sotan mendadak pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) musim lalu itu disebabkan tekanan daripada Syifa untuk berkahwin dengan Safawi.

Susulan desakan itu, pemain Harimau Malaya itu dikatakan hilang fokus hingga g4gal memberi aksi terbaik dalam padang.

Syifa berkata, dia sed1h apabila ditvduh menjadi penyebab kepada aksi longlai Safawi dalam tiga aksi skuad Harimau Selatan setakat ini selain mendesak Safawi berkahwin hingga dia hilang fokus.

Dia juga dikatakan hanya mahu menumpang di atas kekayaan dan populariti Safawi sebagai pemain bola sepak.

“Berapa banyak gaji dia pun saya tak tahu. Saya bekerja siang dan malam untuk mencari rezeki dan duit sendiri.

Tak pernah sekali pun saya minta duit dia untuk sara hidup. Dia pun kenal saya macam mana.

“Demi Allah, saya tak pernah paksa dia berkahwin kerana saya tahu tanggungjawab dia besar.

Dia mempunyai 13 adik-beradik dan saya faham apa yang dia hadapi. Namun, dalam setiap perhubungan pasti ingin berakhir dengan perkara yang baik dan halal.

Sebenarnya perancangan untuk berkahwin dia yang suarakan dulu selepas hubungan kami mula serius,” katanya.

Dalam pada itu, Syifa juga percaya apa yang dikatakan Safawi kepada Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor menerusi perbualan WhatsApp adalah ketika mereka mempunyai masalah tahun lalu.

“Dia masih muda dan mungkin tidak cukup kuat untuk lalui perkara ini. Namun, saya percaya apa yang berlaku ini akan menjadi pengajaran terbaik untuk dirinya,” katanya.

Terdahulu adik kepada Syatilla Melvin itu turut menafikan mengongkong Safawi di laman story Instagramnya.
“Tak pernah paksa kahwin, tak pernah mintak satu sen duit Safawi!! Demi Allah, Allah Maha Adil,” katanya yang kemudian memadamkan ‘posting’ itu.

Malam kelmarin, Safawi membantu JDT melakar kejutan ke atas kelab terkenal Korea Selatan, Suwon Bluewings dengan kemenangan 2-1 pada aksi Kumpulan G, Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Stadium Sultan Ibrahim.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

Previous article“Jangan Suka Menvduh Tanpa Usul Periksa” Akhirnya Mamat Sepah Buka Mulut Isu Jep, Shuib Tak Hadir Majlis
Next articleTahun Lalu Dua Kali Shifa Datang Ke Rumah Tapi Luahan Ibu Safawi Cuma ‘Bukan Mak Tak Restu Tapi Awi Masih Muda’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here