Home Petua Tips Baru Jerr NabiIa Dan Engku Emran Sah Bernikah. Ini Kata2 Neelofa Buat...

Baru Jerr NabiIa Dan Engku Emran Sah Bernikah. Ini Kata2 Neelofa Buat NabiIa Dan Abang Ipar Barunya

295
0

Akhirnya terjawab jua.

Beberapa jam yang lepas Sah Noor Nabila kakak Neelofa sah menjadi Engku Emran dan semuanya dah terungkai sudah.

Hari ini terjawab hbngan antara Noor NabiIa dengan Engku Emran apabila mereka sah bernikah.

Selebriti terkenal tanah air, Neelofa melahirkan rasa bersyukur selepas kakaknya, Noor NabiIa selamat bergelar isteri kepada Engku Emran Engku Zainal Abidin ,46, pagi tadi.

Neelofa menerusi kenyataan kepada media memberitahu, dia gembira dengan pernikahan kakaknya dan mendoakan mereka dikurniakan kebahagiaan selamanya.

” Hari ini merupakah hari bahagia kakak saya, Noor NabiIa. Saya berasa sangat gembira melihat NabiIa meraih bahagia dan saya berharap agar kebahagiaan yang dilimpahkan kepadanya akan kekal sampai bila-bila.

” Doa dan harapan saya agar kedua mereka saling melengkapi dan semoga Allah SWT merahmati rumah tangga NabiIa dan suami sehingga ke akhir nadi syurga,” katanya.

 

Sejak semalam, desas-desus mengenai pernikahan pasangan ini hangat diperkatakan dalam laman sosial, malah mendapat liputan meluas media di Indonesia.

Menguatkan kenyataan, adik kepada Noor NabiIa iaitu Ameera Khan turut memuat naik sekeping foto tertulis Walimatul Urus kakaknya itu bersama Engku Imran hari ini.

Emran sebelum ini pernah memberi bayangan hubungan mereka selepas memuat naik sekeping foto menampakkan refleksi wajah NabiIa di tempat duduk penumpang bahagian depan.

Sebelum ini, NabiIa dan Emran dikatakan mula rapat selepas sering dilihat melakukan aktiviti berbasikal bersama.

Terdahulu, NabiIa pernah berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, namun bercrai Julai tahun lalu selepas hampir setahun berdepan kemelut rumah tangga.

Mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden. Penyatuan ini sekali gus menjadi pernikahan pernikahan ketiga buat NabiIa dan Engku Emran.

Sebelum ini, dua perkahwinan terdahulu Engku Emran bersama pelakon popular, Erra Fazira dan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella yang berakhir dengan percraian.

Engku Emran berpisah dengan Laudya pada Julai tahun lalu selepas dua tahun mendirikan rumah tangga dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Terdahulu perkongsian di IG story oleh adik NabiIa, Ameera Khan menunjukkan beberapa keping gambar persiapan majlis kahwin yang tertera nama kakaknya merungkai segala persoalan.

Belum ada apa-apa perkongsian terbaru dimuatnaik oleh NabiIa namun semuanya sudah terjawab apabila dia dan Engku Emran sudah sah dinikahkan.

Rata-rata turut mengucapkan tahniah buat NabiIa dan suami.

” Alhamdulillah.. Sudah halal sebagai suami isteri.. Terbina masjid di hari Jumaat yg mulia.. Moga bahagia hingga ke Jannah.. Aamin ya Mujib ya Arhamarrahimin” tulis Suria.

” Smoga this time berkekalan hgga ke jannah yaa utk kedua2 nya.” tulis Ira

Sementara itu seorang ntizen berdoa dan berharap agar ini perkhwinan yang terakhir buat Engku Emran yang sebelum ini pernah dua kali ggal dalam perkhwinan.

” Yang ke-3 kali..semoga ini yang terakhir buat engku emran..apapun tahniah dan semoga kekal ke Jannah,” tulis Ekudz.

Sumber:k0smo

Previous articleWarga Emas Ini Nak Rebus Ubi Kayu Je Tapi Hjat Tak Sampai. Sekali Trus Menangis dan Sujud Syukur.Rupanya Ini Yg Berlaku
Next articleRakan sekerja didkwa bvnuh Nik Khatijah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here