Sebaliknya dalam hantaran terbaharu menerusi kedua-dua Facebook itu dipenuhi dengan ucapan penghargaan dan pujian kepada mereka berdua.
Komen-komen berbentuk doa juga diberikan kepada Ahli Parlimen Pagoh dan Ahli Dewan Negara itu.
Netizen dilihat terpujuk dengan pengumuman yang dilakukan oleh Kementerian Kewangan semalam untuk memansuhkan syarat bagi pengeluaran i-Sinar daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Hal tersebut sememangnya dinanti-nantikan rakyat Malaysia khususnya mereka yang terjejas dan tidak berpeluang mendapat kelulusan pada permohonan Kategori 1 pada Disember 2020.
“Terima kasih abahpm (Muhyiddin). Memudahkan rakyat semoga abah sentiasa sehat dan diberkati amin,” komen Noy Feezah.
“Terima kasih mendengar keluhan rakyat, semoga minggu hadapan betul-betul bersinar pengeluaran KWSP,” kata Mayy Are Long.
“Love Abah Muhyiddin Yassin, sebelum ini mrah manja-manja sahaja.. Salah Faham abah dengan anak,” gurau Fairuz Abdul Halim.
“Terima kasih abah ku sayang kerana memahami kehendak anak-anak abah yang sedang kesusahan.
“Semoga dipermudahkan segala urusan abah dan beradik abah (Kabinet). Pak Long, Pak Lang, Pak Su, Pak Anjang, Pak Tam , pak-pak sekalian. Terima kasih abah,” doa Muhamad Shran.
Demikian komen-komen diterima Muhyiddin dalam hantaran Facebooknya semalam sempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Sementara dalam Facebook Tengku Zafrul, perkongsian mengenai upcatamanya dalam Forum Bursa Malaysia menjadi tempat netizen menyampaikan penghargaan.
“Percayalah sekarang Tengku Zafrul lebih ramai peminat berbanding haters. Tengku, anda sudah buktikan mereka salah. Terus cekal Tengku dan terus mara ke hadapan. Tahniah!” komen Teo Kok Keong.
“Terima kasih Tengku atas usaha-usaha murni yang dilakukan demi memulihkan ekonomi negara. Saya percaya dengan setiap usaha dan kerjasama daripada smua pihak, insya Allah semua akan kembali pulih dan stabil,” kata Lina Nazrin.
“Hidup Tengku! Terima kasih banyak untuk pemansuhan syarat i-Sinar. Terima kasih kerana meluluskn i-Sinar tanpa syarat.
“Semoga dapat pengeluaran (buat) secepat mungkin. Semoga Allah SWT sentiasa memberikan kesejahteraan dan kesihatan kepada Tengku, amin…,” doa Cik Tiqa.
“Alhamdulillah, terima kasih Tengku Zafrul dengar suara-suara rakyat, i-Sinar KWSP mansuhkan syarat,” ucap Kiera Shakira Harun.
Semalam, Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memberitahu akan membincangkan pemansuhan syarat i-Sinar KWSP bersama badan berkanun itu.
Sementara Suara Merdeka memetik laporan Astro Awani semalam turut memaklumkan satu pengumuman mengenai pemansuhan syarat i-Sinar akan dibuat pada minggu hadapan.
Sebelum ini, Facebook kedua-dua pemimpin kerajaan itu dihujani kritikan dan kecman kerana tidak memansuhkan syarat i-Sinar bagi pemohon Kategori 2 ketika pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat pada November lepas.
Untuk makluman, pada awal Januari, KWSP meluluskan 3.18 juta permohonan pengeluaran menerusi i-Sinar bagi pemohon Kategori 1.
Sumber : suaramerdeka