Home Petua Tips Sama2 reda & move on..” – Sertai majlis ilmu, aksi mesra Erra...

Sama2 reda & move on..” – Sertai majlis ilmu, aksi mesra Erra & Lisa dipuji

132
0

Kemesraan dua pelakon popular, Erra Fazira dan Datin Lisa Surihani dalam satu majlis ilmu pada Jumaat lalu mendapat pujian netizen apabila kedua-duanya kelihatan tidak kekok antara satu sama lain.

Menerusi satu video di laman Instagram, Erra atau nama lengkapnya Fazira Wan Chek meluahkan kesyukuran apabila dapat berkumpul dengan rakan selebriti dalam majlis anjuran pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar itu.

Berdasarkan kapsyen, primadona filem Melayu itu berharap ilmu diterima menjadikan dirinya terus beristiqamah sekali gus dapat menyebarkan manfaat kepada orang ramai.

Alhamdulillah malam yang indah bila dapat berkumpul dengan sahabat dan insan yang baik dan dihormati.. Moga ini menjadi asbab utk kita terus istiqomah mencari syurga..

“Moga dengan izinNya pertemuan pertama ini memberi perspektif baru dalam kita menyebarkan perkongsian kepada semua.. insyaAllah.. amiiinnnn,” tulisnya.

Rakaman rawak berdurasi seminit 30 saat itu memaparkan suasana majlis tersebut sebelum kelihatan Lisa seolah-olah berkongsi rasa gembira sambil berbual dengan Erra serta beberapa pelakon wanita lain.


Meninjau ke ruangan komen, Lisa yang juga isteri kepada Datuk Yusry Abdul Halim ada meninggalkan komen pada posting berkenaan memaklumkan dia gembira dapat berjumpa dengan pelakon filem Pasrah itu.

Nice to see you Kak. Sangat menginsafkan bila dengar perkongisan ustaz. bercampur perasaan takut. Moga hati2 kami ini diteguhkan…

“…supaya sentiasa cuba dan usaha untuk memperbaiki diri dan istiqomah di jalan yang diredhaiNya. Aamiin Ya Rabb,” kata Lisa.

Rata-rata memuji keakraban kedua-dua pelakon tersebut yang bersikap terbuka dan ‘move on’ daripada kisah lama selain menjaga ukhuwah serta siraturahim sesama insan.

Sama2 reda & ‘move on’!

Selain Erra dan Lisa, selebriti lain yang turut kelihatan dalam majlis tersebut adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Neelofa, Lisdawati, Rozita Che Wan dan ramai lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :https://celeangle.com/

 

Previous article“Tk Silap Org Dah..”- Beng4ng Pelakon Tk Reti Berlakon, Wan Maimunah Ajar Pakai Rotan
Next article[VIDEO] Gelagat kucing minta makanan buat ramai terhibur

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here