Home Petua Tips Sampai sekarang anak pasangan OKU harap mak ayahnya boleh bercakap! Minta orang...

Sampai sekarang anak pasangan OKU harap mak ayahnya boleh bercakap! Minta orang ramai tak anggap let3ran mereka annoying

106
0

BENARLAH kata pepatah, jodoh pertemuan aj4l m4ut semuanya di tangan tuhan.

Begitulah kisah pasangan pek4k dan b1su ini, Zailani Selamat, 52, dan Nor Hayati Abd Halim, 50, yang telah mendirikan rumah tangga sejak 30 April 2000.

Rakaman video dimuat naik oleh anak sulung mereka, Zulhaikal Zailani meraih perhatian warganet apabila menceritakan bagaimana pertemuan ibu dan bapanya, 22 tahun lalu.

“Mak dan ayah saya satu sekolah dulu di SM Vokasional Pendidikan Khas Shah Alam. Ayah saya senior dah masa satu sekolah dengan mak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Waktu tu mak dah ayah tak pernah bertegur sapa lagi. Sampai dah kerja pun mereka bawa haluan masing-masing saja. Tapi ayah saya kerja mekanik sampai sekarang cuma ibu dah jadi suri rumah saja.

“Ada satu hari tu, mak dengan kawan dia terjumpa ayah di luar. Kawan mak tegur ayah sebab mereka memang saling kenal.

“Mula daripada situ ayah dengan mak berkawan dan lama-kelamaan semakin rapat. Ada satu hari tu, nenek (ibu kepada ayah) terjumpa gambar mak, ayah simpan. Dari situlah nenek boleh kenal mak,” jelas pemuda yang mesra disapa Zul.

Perkongsian gambar lama ibu dan ayah jejaka ini.

Jelas pemuda berusia 21 tahun yang menetap di Shah Alam, Selangor, ini ibu dan bapanya disatukan sebagai suami isteri setelah perbincangan kedua-dua belah pihak diadakan semasa cuti umum perayaan Deepavali pada tahun 2000.

Tambah Zul, lebih menarik lagi apabila nenek kedua-dua belah keluarga sebenarnya saling mengenali dan merupakan sahabat baik sejak dulu lagi.

Saya cuma nak beritahu semua orang yang walaupun ada ibu dan ayah kurang upaya tapi kami boleh bahagia macam orang lain.

ZULHAIKAL

Setelah ikatan perkahwinan pasangan OKU (Orang Kurang Upaya) ini dibina 22 tahun lalu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata yang dilahirkan sempurna.

“Mak cerita pada saya rupa-rupanya mak ayah dan mak ibu memang kawan baik. Cuma mereka dah lama tak berhubung.

“Nenek pun tak tahu yang mak dan ayah saya sebenarnya satu sekolah dulu. Jadi lepas berbincang kedua-dua pihak setuju untuk melangsungkan pernikahan pada tahun sama.

“Alhamdulillah, saya dan dua orang adik lagi semuanya tak ada masalah pek4k atau b1su. Kedua-dua orang adik perempuan saya berusia 17 dan 18 tahun,” ujar Zul.

Menerusi perkongsian video-video yang dimuat naik di TikTok, Zul yang sedang menyambung pengajian di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan ini turut menceritakan pengalaman menjalani kehidupan harian mereka sekeluarga.

Gambar ibu dan bapa Zul semasa hari persandingan mereka.

Pemuda yang sedang mencari tempat latihan industri dalam bidang jurutera jurusan mekatronik ini turut mengakui sed1h menerima kec4man menerusi video yang dikongsikan, namun memilih untuk tidak mempedulikan segala kec4man.

“Saya belajar bahasa isyarat ni sejak umur lima tahun. Saya dan adik-adik belajar satu-satu perkataan melalui buku cerita untuk orang pek4k dan b1su. Kadang-kadang ada perkataan saya tak tahu, saya akan belajar daripada makcik saya. Dari situlah saya dan adik-adik mahir untuk berkomunikasi dengan mak ayah.

“Ada satu hari tu saya buat live di TikTok, ada yang mempersoalkan kenapa saya buat content macam ni. Mula-mula sed1h juga sebab niat saya nak berkongsi di platform tu tapi bila tengok ramai yang bagi kata-kata semangat, saya teruskan je dan tak pedulikan kec4man tu semua.

Zul yang merupakan anak sulung dalam keluarga bersama ibunya.

“Saya cuma nak beritahu semua orang yang walaupun ada ibu dan ayah kurang upaya tapi kami boleh bahagia macam orang lain. Saya nak semua orang hargai mak ayah mereka dan jangan malu ada mak ayah macam saya.

“Mungkin ada sesetengah orang rasa bebelan mak atau ayah mereka tu annoying, jadi mereka akan rasa bersyukur lepas tengok video saya. Saya harap suatu hari nanti mak ayah saya boleh bercakap, saya nak mereka panggil nama saya setiap hari,” ujar Zul.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber :https://www.sinarviral.kini.blog/

Previous articleNelissa Nizam Beri Sebab Kenapa Mesra Sangat Dengan Zul Ariffin Di Instagram – “Kami Tak Berlebihan Pun Sebab..,”
Next article“Saya Masih Aktif Tapi Hidvp Sekarang Bvkan Seperti Dulu…” – Waheeda Wassini Bvka Mvlut Isv ‘Hil4ngkan D1ri’

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here