Home Petua Tips Sar4t mengandung anak pertama, Raja Ilya tak larat sedia banyak hidangan raya...

Sar4t mengandung anak pertama, Raja Ilya tak larat sedia banyak hidangan raya –

141
0

DISEBABKAN sedang sarat mengandung anak pertama, pelakon Raya Ilya memberitahu dia tidak banyak melakukan persiapan untuk menyediakan juadah sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Kata Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 37, usia kandungan kini hampir masuk tujuh bulan menyebabkan dia tidak larat untuk melakukan banyak kerja.

“Tahun ini merupakan tahun ketiga saya menyambut raya di Australia. Dua tahun sebelum ini memang meriah dengan masakan, saya sediakan pelbagai juadah dan menjemput ramai tetamu.

“Tetapi disebabkan keadaan diri yang sedang hamil, saya memang tidak larat untuk masak. Kali ini saya akan pergi ziarah rumah rakan-rakan yang juga merupakan warganegara Malaysia di sini.

“Saya hanya masak sedikit sahaja untuk keluarga di pagi raya,” katanya kepada mStar.

Ilya mendirikan rumah tangga dengan lelaki warganegara Australia bernama Trent Garret pada Disember 2018.

Selepas mendirikan rumah tangga Ilya berpindah ke sana dan sudah dua tahun tidak pulang ke Malaysia akibat pandemik Covid-19 yang melanda.

Saya hanya akan masak sedikit sahaja untuk keluarga di pagi raya

RAJA ILYA

PELAKON

Walaupun sempadan antarabangsa negara kini sudah dibuka, namun Ilya masih belum berpeluang untuk kembali ke Malaysia kerana bimbang dengan tahap keselamatan dirinya.

“Dalam usia kandungan sekarang ini doktor juga tidak galakkan untuk menaiki pesawat. Saya pun masih bimbang dengan penularan Covid-19, jadi lupakan dulu hasrat untuk pulang ke Malaysia dalam masa terdekat.

“Mungkin selepas bersalin dan semua sudah stabil saya akan pulang. Keluarga di sana juga sangat memahami dan mereka sentiasa memberi semangat,” jelasnya.

raja ilya 22

Ilya bersama suami ketika sambutan raya tahun lalu.

Bercakap tentang kemeriahan berpuasa dan raya di bumi orang, kata Ilya kemeriahan dapat dirasai apabila pergi ke kawasan di mana terdapat ramai penduduk yang beragama Islam.

Dia juga tidak ada masalah untuk mendapatkan bekalan makanan atau bahan mentah untuk menyediakan menu masakan Malaysia di sana.

“Kawasan sekitar rumah saya ramai warga tempatan, jadi jika mahu rasa kemeriahan seperti bazar Ramadan, saya perlu ke tempat lain yang mana ramai penduduk di situ warganegara Malaysia dan beragama Islam.

“Di sini tidak ada masalah nak dapatkan makanan Melayu. Kalau saya mahu masak sendiri pun boleh dapat bekalan seperti ketupat segera dengan mudah. Ada juga bekalan makanan yang dihantar oleh keluarga dari Malaysia,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : mstar

Previous articleDisahkan sakit di awal Ramadan, men1nggal menjelang Syawal… anak anggap pemergian ibu kem4tian yang dicemburui
Next articleDulu sinonim kontr0versi, kelahiran Alisha Puteri buat Andika Putera lebih kuat dan matang… teruja balik beraya di Taiping

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here