Home Petua Tips Cerita bulan madu di Langkawi ‘gegar’ satu negara.Sekali Neelofa Buka mulut Juga

Cerita bulan madu di Langkawi ‘gegar’ satu negara.Sekali Neelofa Buka mulut Juga

338
0

Baru saja nak nikmati hidup berumahtangga Neelofa dan PU Riz dilanda dengan tvduhan l4.nggar SOP pula ketika di Langkawi namun Neelofa

dengan tenang menjawab masalah ini.

DUNIA hiburan kecoh apabila pasangan selebriti Noor Neelofa dan Pencetus Ummah (PU) Riz dikatakan berada di Langkawi, Kedah untuk berbulan madu sejak Ahad lalu.

Bagaimanapun kekeliruan terjawab apabila pasangan ini rupa-rupanya terbang ke pulau peranginan itu bagi menghadiri pembukaan cawangan sebuah jenama minuman francais terkenal.

Mengakui ada hikmah atas apa yang berlaku, Neelofa, 32, berkata kontroversi itu sedikit sebanyak membantu memberikan publisiti kepadanya dalam perancangan menceburi perniagaan minuman berkenaan.

“Bertenang semua di luar sana… tak launch lagi (tapi) free marketing dah gegar satu negara.

“Syukur rezeki Allah atur. Sekarang berjuta orang tahu outlet saya akan dibuka di Langkawi,” katanya.

Neelofa berkata demikian menerusi Instastory miliknya pada Khamis.

Sejak Isnin lalu, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, dan suaminya, Haris Ismail, 26, sekali lagi menjadi bualan ramai apabila beberapa gambar di Pulau Langkawi tular di media sosial.

Menerusi gambar yang tular, Neelofa dan suaminya dilihat berada di sebuah restoran popular di pulau peranginan berkenaan.

Sangkaan netizen itu bagaimanapun meleset apabila Neelofa dan PU Riz didapati merentas negeri atas urusan kerja.

Pasangan pengantin baharu ini dimaklumkan berada di pulau peranginan itu bagi mengadakan lawatan kerja dengan sebuah jenama minuman francais terkenal.

Menjelaskan kekeliruan yang timbul dalam kalangan netizen, Pengarah Urusan Kumpulan Chatime Malaysia, Aliza Ali memberitahu pasangan ini menghadiri pembukaan beberapa cawangan di Langkawi, Sungai Petani dan Kangar.

Neelofa sah menjadi isteri kepada Riz di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Berikut pula nukilan ikhlas dari seorang netizan mengenai berita yang melibatkan Neelofa

 

 

Guys.

Neelofa pun manusia.

Dia bukan robot yang boleh diset mindanya. Dia bukan maksum yang sempurna segala-gala. Dia bukan isteri nabi yang tiada cacat cela. Dia hanya wanita biasa yang sama macam hampa. Cuma bezanya dia popular, berpengaruh, ada nama dan kaya raya. Itu saja.

Orang kita ni semua tidak kena.

Dari mula berita perkahwinan sampailah ke percutian bulan madu semua nak diperkata. Semua nak dicari salah kat mana-mana. Apa hidup kita ni tak ada kerja ya sampai semua benda pasal Neelofa kita nak jaja. Kita nak cerita. Come on…..Neelofa tak beli beras pun untuk kita. Jadi stop bother her (biarkan dia bahagia).

Pelamin dia harga beratus ribu, biarkan sebab itu duit dia. Keluarga dia kaya raya. Bisnes dia juta-juta. Atleast kita yang naannnn hadoo ni boleh jugalah cuci mata. Tumpang tengok wedding orang pun kenyang dah ya. Sebab nak buat sendiri mimpi la naa. Tunggu la kat syurga sana. Hahaha.

Goodies dia barangan mewah dan ternama pun hampa duk kecoh satu dunia. Sah-sah dia tu duta/jurucakap pada produk-produk tu semua. Setakat Lancome atau swaroski tu apa lah sangat pada seorang yang bernama Neelofa ya. Lagi pulak jemputan dia bukan 1000 orang pun setakat ahli keluarga, tetamu kenamaan, sahabat handai dari dua belah keluarga nak berkira apa. Bagi jelah ya. Bukan luak pun duit kita.

Bab SOP ni pulak satu lagi cerita. Semua duk hentam Neelofa satu keluarga. Mentang-mentang kaya semua boleh buat tapi kita kena ingat yang majlis tu tertutup dan hanya dihadiri tetamu yang terdekat saja. Yang duduk rapat-rapat tu pula mungkin ahli keluarga dia. Jadi ada baiknya kita husnuzon sajalah ya. Tapi sebab dia tu Neelofa mungkin ceritanya jadi berbeza. Fuhhhh gila-gila.

Tak habis lagi guys…..sabar jap na paksu nak minum air, dahaga.

Aksi Neelofa terlebih manja dengan suami sendiri pun jadi isu juga. Isshhhh ishhhh ishhhh bawang rangers kita kalau bab ni memang power ya. Nampak saja. Paksu yang bujang tak kahwin ni elok je nengoknya. Terasa stim la juga.
Tapi pada paksu lumrah la tu orang tengah bahagia. Rasa teruja tu pasti ada. Neelofa bukan robot guys, jadi its okey la setakat pegang-pegang dagu, usap-usap perut, cium pipi…..dah itu suami dia. Lainlah kalau Neelofa cium pipi suami hampa. Itu baru boleh kecam naa.

Yang mana duk kata Neelofa tak melambangkan wanita berniqab, Neelofa memalukan wanita berhijab, Neelofa gelojoh dan same on…..tolong cermin diri tu dulu cik kak oiii sebelum mengata. Hampa dulu lagi dasyat dari tu (kang paksu baca satu-satu baru padan muka). Bab mengata hampa memang juara. Tak ingat diri sendiri tu pun pendosa.

Dan yang terakhir pasal isu rentas negeri berbulan madu ke Langkawi, bagilah peluang depa bergembira. Depa baru nak “merasa”. Kita doakan yang baik-baik saja. Moga Allah pun bagi rasa bahagia tu kat kita sama. Tapi kita jangan tiru depa. Kita ikut saranan kerajaan untuk duduk rumah saja ya. Kat rumah pun boleh honeymoon juga. Jimat duit lagipun kita bukan orang kaya.

Jadi lets enjoy guys, tak payah duk pening-pening kepala. Paksu lebih suka berbaik sangka. Walau dalam hati paksu cemburu juga. Kalaulah PU Riz tu paksu ya. Bestnya. Hahaha.

pesanseoranglelaki

kredit: Redzuan Abd Manaf,mstar

Previous articleShukri Yahaya Usik Nak Bawa Naik belon p4nas, lihat reaksi ‘geli’ Sharnaaz Ahmad
Next articlePM Akhirnya Umum Rakyat Dibenarkan Rentas Negeri, Tapi Dengan Syarat

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here