Home Petua Tips “Akhyar kelakar & baik hati, saya sentiasa tergelak..” – Eyka Farhana

“Akhyar kelakar & baik hati, saya sentiasa tergelak..” – Eyka Farhana

270
0

Umum sedia maklum mengenai hubungan mesra pelakon, Eyka Farhana dengan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) Akhyar Rashid yang dilihat semakin terbuka berkongsi kisah mereka di media sosial.

Menerusi posting terbaru di Instagram, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi berkongsi gambar bersama seorang lelaki dari belakang dipercayai Akhyar.

Memetik laporan BH Online, pelakon berusia 25 tahun itu mengakui masih dalam proses mengenal hati budi dan tidak mahu terlalu terbuka soal cinta.

“Cuma, apa yang boleh saya katakan, Akhyar seorang lelaki yang kelakar, baik hati dan paling utama, mementingkan keluarga.

“Jika berbual dengannya, saya akan sentiasa tergelak dengan telatahnya sepanjang masa,” katanya ketika ditanya BH Online.

Walau bagaimanapun, pelakon drama Budak Tebing itu tidak menolak ketentuan takdir sekiranya berjodohan dengan jejaka berusia 21 tahun itu.

“Saya hanya mengikut rentak dalam hubungan. Pastinya, saya mengharapkan pengakhiran yang baik. Saya percaya ada jodoh pasti tak ke mana. Doalah yang baik-baik,” ujarnya.

Kisah pasangan tersebut menerima pelbagai reaksi netizen di posting Facebook BH Online sehingga lebih 1,500 komen dan 4,800 tanda suka.

Tunggu lagi berapa bulan

Tak payah amik kesempatan

Akhyar buat kelakar sampai atas padang

Paling penting poket penuhh

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : ohmymedia

Previous articleNetizen syak Ayda Jebat tinggal sebumbung dgn tunang, tapi ini alasannya Kita masih tak berani nak keluar sangat takut
Next articleAgak Lama Menunggu,DS Siti Nurhaliza Akhirnya Dedahkan Soal Kehamilannya Yang Ke Dua

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here