Home Petua Tips ‘Saya Boleh Bergambar Dengan Sesiapa Saja’ – Zul Ariffin Nafi Bekas Pramugari...

‘Saya Boleh Bergambar Dengan Sesiapa Saja’ – Zul Ariffin Nafi Bekas Pramugari Kekasih Hatinya

109
0

Baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Sabrina Sharleen telah memuat naik sebuah video bersama Zul Ariffin di media sosial. Berikutan daripada itu, ramai wanita meluahkan rasa kecewa dan beranggapan Sabrina merupakan kekasih hati pelakon filem ‘Sangkar’ itu.

Bagi menjawab persoalan yang bermain di fikiran netizen, Zul Ariffin tampil dan menafikan d4kwaan tersebut. Menurut Zul, wanita itu bukan teman wanitanya.

Dia bukan teman wanita saya, mungkin ketika ini dia sedang bersama kekasih hatinya? Saya sendiri tidak tahu-menahu.

Ujar Zul, foto yang viral itu sekadar gambar dan dia tidak berhubung dengan wanita tersebut. Difahamkan, wanita itu menjayakan watak tambahan dalam drama terbaharu lakonannya yang berjudul ‘Tarik Aku Ke Syurga’.

Perkongsian itu sekadar gambar semata-mata. Selepas itu saya tidak menghubungi dia pun. Apabila dia ingin bergambar, saya okay sahaja.

Apabila dia memuat naik di Instagram Story miliknya, kemudian saya mengulang siar perkongsian itu. Hanya itu saja, tidak lebih dari itu. Saya boleh bergambar dengan sesiapa sahaja. Orang luar boleh menilai. Ini ‘line’ kerja saya, orang luar tak tahu mengenai publ1siti.

Sebelum ini, Sabrina menegaskan hubungannya dengan Zul sekadar kawan biasa sahaja. Malah, mereka sudah mengenali antara satu sama lain sejak tiga tahun yang lalu dan pernah bertemu beberapa kali.

Di samping itu, Zul memberitahu dia tidak mampu menutup mulut atau menghalang sebarang pandangan peribadi penonton mengenai aks1 mesra yang dipaparkan.

Aktor berusia 36 tahun itu turut menegaskan, aksi mesranya mendukung seorang wanita untuk tujuan mempromosikan sebuah produk bengkung tempatan baru-baru ini berlaku dalam keadaan spontan dan tidak dirancang.

Jelas Zul lagi, sedikit pun tidak timbul soal g1mik atau sebahagian daripada strategi pemasaran untuk promosi kerana sejak dari awal babak seperti itu tidak pernah dibincangkan.

Bukan kami punya niat pun untuk menjadikan promosi itu antara objektif untuk menjadi tular. Saya tak kisah pun sebenarnya jika orang nak kritik atau kec4m sebab saya buat kerja.

Nak cakap soal kritikan atau kec4man, itu semua sudah saya anggap bak ‘sarapan pagi’. Maaf cakap. Apabila bercakap mengenai kerja, memang saya akan komited dan fokus. Kita teruskan saja kehidupan.

Ini adalah bidang bisnes hiburan dan proses kreatif. Lagipun lakonan adalah kerja saya. Bukan saya yang pilih nak dukung siapa kalau diminta untuk buat kerja. Sekali lagi saya tegaskan, saya cuma buat kerja.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita

Sumber : http://www.sinarviral.com/

Previous articleLumpvh & Lupa Ingatan Hingga Boleh Jalan, Nurse Terkejvt Boleh Sembuh Tah4p Ini
Next article“Kawan2 Kakak Ada Papa…” Datang Hari Konvo Tanpa Ayah, Ibu Sedlh Tengok Anak Termenung

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here