Bekas madu kepada pelakon Izreen Azminda iaitu Intan Saleh akhirnya tampil membuka mulut selepas mereka dipertemukan dalam program Melodi Raya 2021, baru-baru.
Menurut laporan BH Online, wanita berusia 36 tahun itu menerima jemputan pihak produksi atas dasar profesionalisme selain turut dimaklumkan mengenai segmen ‘Buang Yang Keruh, Ambil Yang Jernih’.
Intan berkata, dia tidak diberitahu terdapat temubual bersama Izreen dan hanya sedia maklum bahawa pelakon itu akan ditempatkan di sudut meja sama yang bukan bersebelahan.
“Sebagai orang biasa yang bukan dalam dunia hiburan, saya anggap kehadirannya untuk memeriahkan acara dan memenuhi jemputan.
“Malah, sebelum menyatakan persetujuan, saya ada bertanya apakah akan ada sesi bermaafan dengannya. Ini kerana seandainya ada sesi bermaafan, saya masih belum bersedia,” katanya.
Namun Intan menjelaskan, situasi berubah ketika menjayakan rakaman dalam segmen itu apabila diminta untuk ditemubual bersama Izreen kerana membabitkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
“Jadi, saya diminta untuk ditemubual bersama Izreen dalam segmen berkenan. Tidak mahu mengganggu proses rakaman..
“…saya terima aturan temubual dalam keadaan tidak bersedia. Apa yang dipaparkan dalam program adalah temubual secara spontan bagi menjawab soalan diajukan,” ujarnya.
Tambah ibu kepada dua cahaya mata itu, dia mengakui bukan mudah untuk melupakan perkara yang menyakitkan hati itu namun sudah reda dengan ketentuan ditetapkan Allah SWT.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Cepat Berita
Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/