Home Petua Tips “Saya terima hakikat saya menjadi Perdana Menteri anda bukan pd masa yg...

“Saya terima hakikat saya menjadi Perdana Menteri anda bukan pd masa yg baik,tapi kerajaan ini ambil berat pd anda – PM

2235
0

KETIKA negara memerangi wbak kor0nav1rus baharu (C0v-19) dan kesannya terhadap rakyat dan ekonomi negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat berjumlah RM250 bilion bagi manfaat rakyat dengan tiada golongan yang akan tercicir.

Lebih separuh daripada peruntukan iaitu hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat dan meringankan beban yang ditanggung oleh semua rakyat.

“Sama ada anda seorang nelayan di Kukup, Johor atau pekebun kecil di Jeli, Kelantan. Anda pengusaha chalet di Cherating atau penarik beca di Melaka, peniaga pasar malam di Kuala Lumpur atau pasar tamu di Kundasang.

“Anda semua akan menikmati manfaat daripada pakej rangsangan ekonomi yang peduli rakyat ini.

Seperti yang saya sebutkan, tiada golongan yang akan tercicir. No one will be left behind,” kata Perdana Menteri ketika membentangkan pakej itu yang disiarkan secara langsung di media elektronik.

Selain itu, turut mencvri tumpuan dan diperkatakan warganet adalah ayat terakhir yang digunakan sebelum mengakhiri pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) hari ini.

” Kerajaan ini mungkin bukan kerajaan yang anda undi.

” Tetapi saya mahu anda semua tahu bahawa kerajaan ini mengambil berat terhadap anda,” kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum mengakhiri ucapannya.

Rayuan beliau menyentuh perasaan ramai kerana mahu rakyat bersama-sama dengan kerajaan menangani krisis wabak C0v-19 yang belum pernah berlaku sebelum ini.

” Kita adalah sebuah negara yang berperang dengan kekuatan yang tidak terlihat.

Kita berdepan dengan situasi yang tidak pernah dihadapi sebelumnya.

Saya terima hakikat bahawa saya menjadi Perdana Menteri anda bukan pada masa yang baik. Saya berdepan krisis politik, ekonomi dan kesihatan pada masa yang sama,” katanya.

Muhyiddin yang mengambil alih tampuk pimpinan negara sejak 1 Mac mengumumkan pemberian tunai secara one-off dengan peruntukan hampir RM10 bilion kepada kumpulan B40 dan ke bawah termasuk pekerja swasta, peneroka Felda, petani, nelayan dan peniaga kecil.

Keutamaan kerajaan pada waktu ini, kata Muhyiddin, adalah untuk membendung penularan wabak itu dan pakej itu menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion kepada Kementerian Kesihatan bagi pembelian peralatan dan perkhidmatan untuk tujuan itu, tambahan kepada peruntukan RM500 juta yang diumumkannya sebelum ini.

Petugas di barisan hadapan memerangi wabak berkenaan seperti doktor, jururawat dan kakitangan perubatan akan diberikan tambahan elaun khas daripada RM400 kepada RM600 sebulan mulai 1 April.

Malah pesakit wabak itu daripada golongan B40 akan memperoleh bayaran penggantian pendapatan sebanyak RM50 sehari.
Golongan warga emas, kanak-kanak di rumah perlindungan, orang kurang upaya (OKU), golongan gelandangan dan orang asal juga tidak ketinggalan dengan RM25 juta diperuntukkan sebagai bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan untuk mereka.

Nasib pekerja swasta pun dibela dan kerajaan tidak mahu melihat mereka dibuang kerja dalam keadaan sukar ketika ini dengan memperkenalkan program subsidi upah bagi membantu majikan mengekalkan pekerja mereka dengan peruntukan RM5.9 bilion dijangka memanfaatkan 3.3 juta orang.

Kerajaan sedar pendapatan harian pemandu e-hailing turut terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac hingga 14 April, dan akan memberikan bantuan secara one-off sebanyak RM500 kepada 120,000 pemandu e-hailing dengan peruntukan RM60 juta.

Pemandu teksi pula menerima bayaran one-off RM600 seperti diumumkan sebelum ini.

Anggota tentera, polis, kastam, imigresen, Angkatan Pertahanan Awam serta Rela yang terbabit secara langsung dalam melaksanakan perintah kawalan itu akan mendapat elaun khas RM200 sebulan mulai 1 April.

Muhyiddin juga mengumumkan berita baik untuk lebih 1.5 juta penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk mereka yang bekerja secara kontrak akan diberi bantuan tunai sebanyak RM500 secara one-off dengan bayaran dibuat bulan depan.

Seramai 850,000 pesara kerajaan juga tidak ketinggalan mendapat RM500 secara one-off bulan depan.

Golongan bujang dan pelajar institusi pengajian tinggi – semuanya mendapat manfaat daripada pakej itu.

Bukan bantuan kewangan sahaja disediakan, malah tempoh pengecualian pembayaran sewa bagi Program Perumahan Rakyat dilanjutkan daripada sebulan kepada enam bulan, memanfaatkan golongan berpendapatan rendah termasuk mereka yang menyewa Perumahan Awam kelolaan Dewan bandaraya Kuala Lumpur.

Pengecualian sewaan selama enam bulan juga meliputi semua premis milik Kerajaan Persekutuan seperti kantin sekolah, taska, kafeteria, kedai serbaneka dan lain-lain.

Bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran kini ditangguhkan selama enam bulan, tambahan kepada inisiatif kerajaan menangguhkan bayaran balik PTPTN selama enam bulan sebelum ini.

Bil elektrik pun dapat diskaun dengan pengguna elektrik bagi sektor komersial, industri, pertanian dan isi rumah di Semenanjung mulai 1 April hasil usaha kerajaan bersama Tenaga Nasional Berhad.

Menyedari keperluan rakyat yang duduk di rumah terhadap internet semasa tempoh perintah kawalan tersebut, beberapa pakej ditawarkan dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi termasuk internet percuma.

“Pakej (Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat) ini adalah manifestasi kerajaan yang mengambil berat akan kebajikan dan kesejahteraan rakyat,” kata Muhyiddin sambil mengarahkan Kementerian Kewangan memastikan pakej RM250 bilion itu sampai kepada rakyat dengan cepat.

Apa Pendapat Anda Dah Baca, Jangan Lupa Komen Yang baik baik je. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

Previous article“Makcik jual goreng pisang lagi kaya daripada segelintir artis Malaysia” – Aweera sokong cadangan Black anak seni perlu dibantu
Next articleK0rban C0v-19 meningkat kepada 27, kes keseluruhan 2,320

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here