PERSONALITI fesyen dan pelakon, Wak Doyok membuat permohonan maaf kepada kerabat Diraja Johor atas kecuaian dan kesilapannya menyalahgunakan lambang peribadi institusi diraja berkenaan.
Menurut Wak atau nama sebenar Mohd Azwan Md Nor, 41, dia tidak mengetahui mengenai batas protokol istana dan menyesali kesilapan yang dilakukan itu.
“Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya dengan rendah diri merafak sembah takzim dan mohon ampun kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor serta Yang Amat Mulia Yang Amat Mulia Kerabat Diraja Johor di atas kecuai4n dan kelalaian saya.
“Salam kemaafan saya panjatkan juga kepada bangsa Johor yang saya muliakan. Sesungguhnya saya sedar kesilapan saya berpunca kerana tidak arif dalam mengenali batas protokol diraja.
Wak muat naik permohonan maaf di Instagram.
“Saya amat menyesali keterlanjuran yang tidak disengajakan ini dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Saya memohon doa kehadrat Allah SWT agar dilanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor serta usrah diraja,” tulisya di Instagram bersama gambar kosong berwarna putih pada malam Selasa.
Sebelum ini, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim memuat naik satu paparan skrin daripada posting Instagram yang memaparkan sebentuk cincin dengan ukiran lambang peribadi Sultan Johor.
Sehubungan itu Tunku Idris menuntut Wak Doyok memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.
Cincin berkenaan dipercayai ditempa khas untuk Wak Doyok berdasarkan kapsyen pada gambar tersebut.
“Sedia untuk dihantar kepada Wak Doyok,” tulis pengendali Instagram Caroz Wooden iaitu sebuah syarikat pengeluar barang perhiasan.
View this post on Instagram
@wakdoyok care to explain? This is against the law. Goodluck @carozofficial
Paparan skrin daripada Instagram Tunku Idris.
Wak Doyok juga dilihat membuat komen balas dengan emoji terima kasih pada posting berkenaan.
Johor mula menguatkuasakan undang-undang terhadap Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017 sejak Julai tahun yang sama.
Enakmen itu memperuntukkan undang-undang ketat terhadap individu yang menyalahgunakan lambang, gelaran dan anugerah atau replika untuk tujuan perdagangan, pekerjaan atau persendirian.
Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM250,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau penj4ra tidak kurang setahun dan tidak melebihi lima tahun.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber mstar