Home Petua Tips “Orang Terkejut Saya Rujuk Semula Dengan Aliff Tapi Saya Bukan B0doh” Bella...

“Orang Terkejut Saya Rujuk Semula Dengan Aliff Tapi Saya Bukan B0doh” Bella Astillah Buka Mulut Bila Terima Semula Aliff

294
0

Kembali rujuk dengan suaminya meskipun berdepan pelbagai ujian rumah tangga, bukan mudah untuk Bella Astillah membuka cerita yang terbuku dalam hatinya.

Meskipun dilabel perempuan b0doh, Bella enggan melayan persepsi negatif netizen.

Hanya mahukan kebahagiaan, Bella berkata dia berani mengambil risiko melangkah kembali ke alam rumahtangga bersama Aliff Aziz. Bukan kerana dirinya b0doh, tetapi baginya setiap manusia melakukan kesilapan.

“Mungkin ketika itu, orang terkejut bila rujuk kembali dengan Aliff. Saya bagi peluang untuk dia belajar daripada kesilapan.

Tetapi ramai yang tidak suka dan mula panggil saya b0doh, perempuan g1la dan macam-macam.

“Siapa saya nak hukum dia? Ini kehidupan saya, semua ditanggung sendiri. Biarlah 10 peluang sekalipun saya bagi, risiko itu bahu ini yang tanggung beban. Apa pun kesilapan dia, saya yang terima buruk baik,” katanya membuka bicara.

Mengakui sebelum ini ada rakan yang mahu dia mencari lelaki lain selain Aliff, bagaimanapun Bella berkata dia mengalah dan akan terus berdoa agar suaminya itu akan berubah menjadi insan yang lebih baik.

“Kita tak boleh bandingkan hidup masing-masing. Ada yang cakap, dalam dunia ini ramai lagi lelaki baik, tetapi saya tanya diri sendiri, siapa boleh jamin kebahagian kita? Bukankah itu kerja Tuhan?

“Saya hanya mampu tawakal dan memohon agar Allah permudah usaha Aliff untuk menjadi suami dan bapa yang baik. Lain orang lain pendapat. Saya tak boleh paksa diri untuk lelaki lain.

“Mungkin dia bukan lelaki terbaik di mata orang lain, tetapi untuk saya, dia adalah suami dan bapa yang mampu pikul tanggungjawab itu. Setiap orang buat silap, asalkan dia mahu belajar daripada itu saya bersyukur,” katanya.

April lalu hangat diperkatakan apabila Bella mengakui sudah pun rujuk semula dengan Aliff ketika dalam tempoh edah. Pasangan itu, pasangan ini mengambil keputusan untuk bercerai pada Mei tahun lalu selepas Aliff beberapa kali kantoi curang.

Sumber : rotikaya

Previous articleSetelah Dikritik Netizen , Najib Muncul Pertahan Menteri Agama Rupanya Ada Sebab
Next articleSindiket ‘Cuci Duit’ Ada Artis Terlibat dan Lima Anggota P0lis Termasuk Pegawai Ditahan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here