Home Petua Tips Najib Razak Kini Dilantik Sbg Penasihat Ekonomi Kerajaan Malaysia? Rakyat Msia Percaya...

Najib Razak Kini Dilantik Sbg Penasihat Ekonomi Kerajaan Malaysia? Rakyat Msia Percaya Bekas Perdana Menteri Itu Mampu Pulihkan Ekonomi Negara

15335
0

MALAYSIA: Penularan pandemik CoV-19 telah menyebabkan ekonomi negara agak merundum. Ini membuatkan rakyat takut dengan keadaan negara.

Sebelum ini ada beberapa pihak menyatakanpendapat untuk meminta bekas Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak kembali membantu ekonomi negara.

Kami juga sebelum ini ada kongsikan artikel berkaitan perkara tersebut yang mana anda boleh baca di bawah:

Dalam laporan terkini Malaysia Gazzettemengatakan bahawa rakyat Malaysia sudah mula untuk menerima dan memberi kepercayaan kepada keupayaan bekas Perdana Menteri tersebut.

Ini selepas rakyat berfikir, penampilan bekas Perdana Menteri pada hari ini cukup lain dengan penampilan sebelum ini. Sebelum ini Najib sering dimomokkan dengan fitnah yang dahsyat daripada pembangkang.

Disebabkan perkara itu, rakyat percaya bahawa Najib tidak baik kerana sering disajikan dengan perkara tersebut.

Namun kini, ceritanya berbeza apabila tiada sebarang tuduhan sehingga terbuktinya Najib bersalah, kata warganet.

Fadli Juanas yang merupakan Pengerusi Persatuan Generasi Anak Malaysia (GAM) berkata bahawa kebenaran su

Fadli Juanas yang merupakan Pengerusi Persatuan Generasi Anak Malaysia (GAM) berkata bahawa kebenaran sudah mula tampak sedikit demi sedikit dimana Najib Razak dikatakan sentiasa berada di pihak yang benar.

Maka tidak hairan apabila rakyat sudah mula menaruh harapan untuk Datuk Seri Najib Razak turun membantu ekonomi negaraselepas pengalaman dan keupayaannya membantu negara terutama dalam bidang ekonomi sebelum ini.

“Sejak beliau mengambil alih tampuk pentadbiran negara pada tahun 2009, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara telah meningkat daripada -1.5 peratus kepada 7.4 peratus.

“Pada masa sama, defisit negara telah menurun daripada 6.7 peratus kepada hanya 5.4 peratus,” katanya dalam kenyataan kepada Malaysia Gazette, hari ini.

Jelas Fadli, pelaburan jangka panjang oleh syarikat milik kerajaan (GLC) juga semakin berkembang positif, berbanding sebelum Najib menerajui negara.

“Sebelum beliau mengambil alih pentadbiran Putrajaya, banyak pelaburan di industri utama negara dimonopoli oleh kroni yang sekian lama bersarang di lubuk emas hasil negara.

Fadli juga mempersoalkan kemampuan pimpinan hari ini dengan mengatakan sejauh mana tahap ketahanan dan keupayaan mereka dalam mengembangkan ekonomi negara.

Respon Warganet
Jika dilihat di media sosial ramai yang menyatakan sokongan mereka untuk Najib kembali membantu ekonomi negara.

Rata-rata berpendapat untuk melantik Najib Razak sebagai penasihat dalam bidang Ekonomi bagi memulihkan semula ekonomi negara.

Mereka turut bersetuju untuk mengekalkan Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ini kerana mereka berpendapat TSMY sangat berkreadibiliti sebagai seorang Perdana Menteri.

Najib Razak Sebagai Penasihat Ekonomi, Bukan Menteri Kewangan atau Perdana Menteri

MALAYSIA: Beberapa hari kebelakangan ini ada pihak yang meminta atau menggesa kerajaan baru melantik Datuk Seri Najib Razak sebagai seseorang yang bertanggungjawab dalam membantu memulihkan ekonomi Malaysia.

Gesaan ini atau pemintaan ini bukanlah menunjukkan kerajaan pada hari ini tidak mampu atau tidak cukup kuat mentadbir dan memulihkan ekonomi negara, tetapi ia adalah bertujuan bagi mendapatkan khidmat kepakaran Najib dalam bidang eknomi.

Najib dikatakan mempunyai pengalaman yang baik dalam menguruskan ekonomi negara sehingga membantu meningkatan taraf ekonomi Malaysia pada suatu ketika dahulu.

Penglibatan Najib dalam membantu pelan pemulihan ekonomi pasca Covid-19 bersama kerajaan sekarang akan menjadikan perancangan ekonomi yang menyeluruh dan berhemah bagi sebuah pelan tindakan, dengan petunjuk prestasi utama dan hasil yang boleh diukur supaya dapat menguji kemajuan dan memastikan kita terus berada di landasan yang tepat.

Kita harus cepat dan tepat, ini bukan tempoh percubaan untuk menentukan sama ada negara akan terus selamat ataupun terperangkap dengan kejatuhan ekonomi hari ini.

Biarlah pengalaman bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6 itu yang pada rakyat sesetengahnya menggelarnya “Najibnomics” sewaktu pemerintahannya menjadi rujukan kerajaan hari ini.

Agar kita bersama-sama dapat menempuhi cabaran seterusnya berjaya bersama membawa negara keluar daripada cabaran ekonomi akibat Covid-19 dengan meletakkan kepentingan rakyat Malaysia sebagai asas dan matlamat utama.

Ekonomi Malaysia dikatakan menjadi kurang baik sejak peralihan kuasa berlaku iaitu daripada kerajaan BN kepada Pakatan Harapan.  Selepas itu ditambah pula dengan penularan CoV-19, ekonomi semakin buruk buat Malaysia.

Pandangan warganet

Jika dilihat di media sosial dapat kita lihat bahawa ramai yang bersetuju dengan melantik Datuk Seri Najib Razak sebagai orang yang membantu dalam bidang ekonomi.

Walaupun sebelum ini Najib dikatakan sebagai pengkhianat atau perompak, warganet percaya itu hanyalah perkara yang direka-reka oleh Pakatan Harapan. Mereka hanya dapat membuat fitnah tanpa membuktikan yang Najib adalah pesalah yang sebenar.

Lantik Najib Sebagai Penasihat Bukan Perdana Menteri

Seperti mana yang dilakukan oleh Pakatan Harapan, mereka melantik beberapa orang lama sebagai penasihat kerajaan sebelum ini.

Jadi mungkin konsep yang sama boleh diterapkan oleh kerajaan Muhyiddin Yassin iaitu melantik bekas Perdana Menteri itu sebagai Penasihat Kerajaan dalam bidang ekonomi.

Netizen meluahkan pandangan mereka agar tidak menukar Perdana Menteri sedia ada dan Menteri Kewangan juga tidak sesuai untuk Najib Razak kerana kedua-dua jawatan ini sudah dipegang oleh orang yang tepat.

Namun masih ada juga yang meluahkan rasa tidak senang dengan nama Najib apabila mereka masih lagi mengelar Najib menghabiskan duit negara.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Jangan Lupa Share Ya. Terima Kasih

Sumber : Malaysiagazette

Previous articleKakak Positif Covid-19, Azwan Ali Enggan Mengaku Bersaudara
Next articleTerkini Hasil Siasatan Polis Rupanya Ada Sebab Lelaki Ini Meng4muk

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here