Home Petua Tips “Saya Tiada Ada Sebarang Niat” Perkongsian Cikgu Musa Telah Mendapat Perhatian dari...

“Saya Tiada Ada Sebarang Niat” Perkongsian Cikgu Musa Telah Mendapat Perhatian dari MRSM

523
0

Setelah kisah seorang ayah yang gigih membawa anak menghantar ke sekolah pada hari pertama yang dikongsikan oleh timbalan Pengetua MRSM Muar,di halaman Cikgu Musa Muhamad Ali

mendapat berbagai reaksi di kalangan warganet.

Namun dengan perkongsian itu mendapat perhatian dari Ketua Penolong Pengarah,Zulkifli Hussain dan menyatakan pihak MRSM membuktikan telah memilih pelajar

dari majoriti B40.

“Kami bawa anak-anak B40 masuk ke MRSM untuk mendapat pendidikan terbaik.” katanya.

 

Akhirnya anak pelajar itu ditawarkan bantuan di bawah Program BUDI-MARA yang meliputi penyediaan pakaian sekolah, kelengkapan asrama, alat tulis, duit saku, pengecualian bayaran wang caruman.

 

 

Namun apa berlaku kisah ayah dan anak ini yang di hantar oleh Timbalan Pengetua Mara iaitu Cikgu Musa Muhamad Ali memberikan satu tanggapan yang berbeza,

dimana luahan cikgu Musa bukan ada niat apa apa tentang perkongsian tersebut.

Kata kata cikgu Musa di fb nya

Kepada rakan2 dan anak-anak murid cikgu dalam FB ini cikgu nak nyatakan tidak ada sebarang niat untuk menjadikan gambar yang cikgu kongsikan dan berkongsi rasa di hati tentang seorang bapa menghantar anaknya untuk ditularkan. Cikgu sendiri pun tak sangka.

Tiada sekelumit niat pun tetapi hanya nak nyatakan perasaan diri sendiri apa yang kita lihat. FB kita kan so kita tulis lah apa yg d rasa macam org lain buat di FB miliknya. FB cikgu selama ini pun ruang untuk cikgu memberi inspirasi melalui kata2 hikmah, perkongsian doa dan amalan baik dan jarang cikgu tulis FB yang bukan-bukan. Tup2 jadi macam ni.

Malah untuk pengetahuan, Cikgu dah jumpa dengan keluarga pelajar tersebut di rumahnya dan ayah dan ibunya terharu kerana kisahnya menjadi inspirasi kepada orang lain. Jika itu menjadi inspirasi, syukur kepada Allah. Cikgu tiada niat lain sama ada utk glamour, memalukan keluarga itu ke atau apa2 kecuali hanya berkongsi rasa.

Memanglah ada orang kata ‘ala naik motor tu biasa’. Mungkin biasa zaman2 90 an tapi alaf millenium ini dengan majoriti orang memiliki kereta sendiri dan pertama kali datang ke asrama membawa barang yang banyak termasuk baldi, penyapu dan sebagainya tapi keluarga ini sebaliknya.

Sebab itu bagi cikgu itu LUARBIASA. Bukan niat cg nak bagi tahu naik motor itu perlu malu seperti mana dakwaan netizen tertentu. Cuma bagi cikgu pelajar sekarang atau majoriti orang mudah malu bila orang lain datang dengan kereta yang macam2 saiz dan jenama tapi mereka sebaliknya datang hanya dengan motor ‘comel’ maksudnya motor kecil bukan berkuasa besar atau bukan jenama comel (tu pun ada netizen komen motor tu bukan jenama comel😅).

Cikgu hanya nak berkongsi dalam fb cikgu utk rakan2 cg dan anak2 murid cg untuk doakan agar pelajar ini kelak berjaya di dunia dan akhirat. Baik akademiknya dan baik akhlaknya di sisi Allah swt.

Apa gunanya akademik bagus tapi percakapan sangat tidak sopan, sombong, angkuh, tidak menghormati orang tua, suka ‘complain’, sentiasa berfikiran negatif dan sebagainya.

Cg suka tengok dan kagum melihat sesetengah pelajar yang bijak, cemerlang akademik tapi pada masa yang sama sangat beradab tutur kata dan tindakannya, menjaga solat dan membaca al quran. Sejuk hati kalau dapat anak dan pelajar macam tu.

Kerangka pendidikan MARA sendiri menekankan ‘Gateaway to Holistik Education’ iaitu pendidikan yang menyeluruh bukan sahaja akademik tetapi kecemerlangan sahsiah, kepimpinan, niai keusahawanan yang kesannya menghasilkan pelajar cemerlang dunia dan akhirat.

Malah cg nak buktikan MARA sangat menjaga kebajikan terutama di kalangan orang susah seperti Kolej Profesional MARA, Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Giat MARA, Institut Kemahiran MARA, MARA -Japan Industrial Institute (MJII) dan sebagainya. Melalui MARA orang yang tak berpeluang belajar dapat belajar dan menjadi platform menjadi usahawan berjaya atau mendapat pekerjaan yang baik.

Harap niat ikhlas cikgu tidak ditafsirkan sebaliknya dan jika ada yang tidak bersetuju cikgu mohon ampun dan maaf kerana hakikat manusia tidak ada yang sempurna. Moga kita semua mendapat rahmat dari Allah SWT. Moga keluarga kita bahagia, sihat dan tenang. Moga hidup kita diberkati Ilahi. Amin Ya Robbal Alamin. Cikgu hanyalah insan biasa.

 

Cikgu Musa

Disebalik itu rata rata netizen memuji tindakan cikgu MUsa

Perkongsian Cikgu Musa buat kita insaf

terbaik cikgu

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Sumber: Zulkifli Hussain, Musa Muhamad,susunan admin NV

Previous articleIsu Borang Rentas Negeri ‘kosong’ lengkap ditandatangani, Sekali Wanita Ini tampil beri keterangan
Next article“Kenapa abang pergi dulu” Suami MninggaI Slps Reb4h Ketika Main Bola, Iuahan Dari Isteri Bikin Sbak Ramai.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here